MIRI – Orang ramai dijemput hadir ke Wacana Citra: Bandar Raya Miri – Sastera Karya, Titik Tumpu Pelancongan yang akan diadakan pada 16 Mei ini bertempat di Pustaka Negeri Sarawak, Miri.
Program ini dianjur bersama oleh Pustaka Miri, Majlis Bandar Raya Miri (MBM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sarawak, Institut Perguruan Miri dan Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA).
Ia adalah salah satu program bersempena sambutan ulangtahun Hari Bandar Raya Miri Ke-18.
Wacana tersebut akan menampilkan barisan panel profesional dari pelbagai latar belakang membincangkan konteks pembangunan, kesenian, pelancongan dan aspek-aspek lain berkaitan.
Bermula dari pukul 8:00 pagi, sesi pertama akan memberi tumpuan kepada Sastera Pelancongan Dalam Miri, Kota Inspirasi. Ahli-ahli panel wacana terdiri daripada penulis Sarawak Benyamin Matussin, penulis dan ahli PUTERA Poul Nanggang dan Timbalan Pengarah DBP Sarawak Ja'afar Hamdan. Moderator sesi tersebut adalah penulis Sarawak Abang Median Abang Said.
Untuk sesi kedua yang membincangkan Citra Bandar Raya Miri, ahli-ahli panel merupakan Pengarah DBP Sarawak Abang Haliman Abang Julai, Timbalan Datuk Bandar MBM Ariffin Mohamad dan Pegawai Bahasa, Bahagian Sastera dan Majalah Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei Darussalam Wathiqah Amirah binti Haji Wasli. Sesi tersebut akan dikendalikan oleh moderator Pegawai DBP Sarawak Nasir Hamid.
Untuk maklumat lanjut serta pendaftaran kehadiran, sila hubungi pihak penganjur di talian 085-422 525 atau layari laman sesawang serta media sosial rasmi Pustaka Miri.
Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak 01 Jul 2026
Hari Bersama Pelanggan Pustaka Negeri Sarawak, Sibu 22 Aug 2026
Junior Innovate 2026 Maker Fair X Chumbaka Mid Year Open Day 22 Aug 2026
Borneo Cultural Festival 2026 (Sibu) 03 Sep 2026
Sarawak Children s Art & Literature Festival 2026 (Sibu) 05 Sep 2026