MIRI - Pustaka Negeri Sarawak, Miri telah menganjurkan Kempen Derma Darah bagi suku tahunan kedua tahun ini pada 20 Mei dan berjaya mengumpul 45 beg darah daripada 62 orang yang mendaftar.
Kempen ini dianjurkan dengan kerjasama Tabung Darah Miri dari Hospital Miri dan badan bukan kerajaan (NGO) Soka Gakkai Malaysia. Ia telah diadakan di Bintang Megamall Miri.
“Pihak kami amat berterima kasih atas sambutan yang amat menggalakkan ini. Ia menunjukkan bahawa orang ramai menyedari bahawa menderma darah ini bukan sahaja amalan mulia yang memupuk rasa tanggungjawab sosial bagi menyelamatkan nyawa orang lain sekaligus,” ujar Pegawai Pengurusan Korporat Shirley Szebah Mambai.
Penderma darah yang berjaya menerima kudapan serta cenderamata sebagai tanda penghargaan di atas sokongan mereka.
Pustaka Miri menganjurkan kempen derma darah sekali setiap suku tahunan dan tarikh seterusnya adalah pada 26 Ogos dan 25 November.
Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai kempen ini, orang ramai boleh menghubungi Shirley di talian 085-422 525 atau e-mel shirleysm@sarawak.gov.my
Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak 01 Jul 2026
Juh Nambah Ilmu Siri 2 (Anjuran Pustaka Kuching) 14 Aug 2026
Knowledge Camp Series 2: Create. Play. Code! 15 Aug 2026
Hari Bersama Pelanggan Pustaka Negeri Sarawak, Sibu 22 Aug 2026
Junior Innovate 2026 Maker Fair X Chumbaka Mid Year Open Day 22 Aug 2026