EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Pustaka Negeri Sarawak Anjur Program Minggu Literasi Media Dan Maklumat 2023

Ditulis pada 17 October 2023

KUCHING: Program Minggu Literasi Media dan Maklumat 2023 Pustaka Negeri Sarawak merupakan salah satu program tahunan yang dianjurkan khas oleh Pustaka Negeri Sarawak bersempena sambutan Minggu Literasi Media dan Maklumat Global anjuran United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).

Program yang memasuki edisi ke-4 penganjurannya menyajikan pelbagai aktiviti literasi yang penuh dengan ilmu pengetahun dan kemahiran dalam membantu peserta meningkatkan kemahiran literasi agar lebih cakna dalam pencarian maklumat yang tepat seperti Webinar, Latihan Pangkalan Data, Pertandingan Jejak Maklumat Literasi, Ceramah PANDei Pesara Bijak Elak Sasaran ‘Scammer’, Ceramah Reading Seeds: Red Flag Kelewatan Perkembangan Komunikasi Dan Pertuturan Di Kalangan Kanak-Kanak, Program Komuniti Literasi@Kpg Haji Baki, Bengkel Literasi Digital Warga Emas dan banyak lagi.

Program kali ini tidak hanya fokus kepada literasi pencarian maklumat sahaja tetapi memberi pendedahan kepada peserta berkaitan kepentingan literasi kewangan dan literasi kesihatan mental melalui aktiviti Ceramah Literasi kewangan: Bermula Kehidupan Baru dan Ceramah Literasi Kesihatan Mental: Kenapa Perlu Peduli.

Ayuh jangan lepaskan peluang untuk menyertai Program Minggu Literasi Media dan Maklumat 2023 Pustaka Negeri Sarawak pada 24 sehingga 31 Oktober 2023 yang akan datang. Sertai kami beramai-ramai dalam pelbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk anda! Semua penyertaan untuk program ini adalah percuma.

Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh berhubung dengan pegawai kami Edison anak Ricket (edisonr@sarawak.gov.my) atau Puan Nurfatini binti Apandi (nurfatini@sarawak.gov.my) di talian 082-374000.