EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

PROGRAM MAKERSMEET X MAKERS BOOTCAMP 2023 KEMBALI DI PUSTAKA NEGERI SARAWAK, MIRI

Ditulis pada 21 November 2023

MIRI – Pustaka Negeri Sarawak, Miri menjemput orang awam ke program MakersMeet x Makers Bootcamp 2023 yang bakal diadakan pada 25 dan 26 November 2023 ini.
Selari dengan itu, program utama iaitu Pertandingan Junior Makers Innovators dan Makers Bootcamp juga turut di adakan pada hari yang sama dan kali ini perkhemahan ilmu kali ini mensasarkan pelajar sekolah menengah di sekitar bandaraya Miri.
Objektif penganjuran program ini adalah untuk mewujudkan platform untuk para pereka dan pencipta tempatan daripada pelbagai bidang dan latar belakang bertemu dan berkongsi ilmu dan juga mendedahkan kewujudan perkhidmatan MakerSpace & Ruang Daya Cipta (RDC) di Pustaka Negeri Sarawak, Miri kepada masyarakat. Selain daripada itu adalah di harapkan dengan adanya program ini dapat menggalakkan peserta untuk berfikir secara kreatif serta berinovasi dalam mencipta sesuatu yang baru dan dapat membudayakan kreativiti dan inovasi di peringkat akar umbi yang merangkumi semua lapisan masyarakat setempat
Antara aktiviti atau acara yang akan berlangsung selama dua hari tersebut adalah Bengkel Baja Kompos bersama Unit Lestari dari Majlis bandaraya Miri, Bengkel Mengait bersama Little Yarn Shop, Bengkel Skirt A dan Beg Bekal bersama Koperasi Komuniti Jahitan Miri Berhad, Bengkel Muzik bersama Jay Embok Sari, Bengkel Seni dan Kraf untuk kanak-kanak dan remaja, Bengkel Melukis Kartun oleh Niki Comic Artist, Bengkel Seni Kopi Latte dan Bengkel Memasak Pai Ayam di Ruang Kulinari dan Bengkel Upcycle Cloth Pouch dan Keychain Bersama Me.REKA. Selain daripada itu Bengkel Fotografi Alam Semulajadi dan Bengkel Membuat Sabun dari bahan alam semulajadi juga turut di adakan dalam program MakersMeet 2023 ini. Di samping itu, pameran-pameran makersmeet juga turut di adakan.
Selain dari pada itu, bagi merancakkan lagi program makersmeet ini, turut diadakan adalah pertandingan Painting & Weathering Figure, Pertandingan Dron, Pertandingan MUA Makers, Pertandingan Video TikTok, Pertandingan Kitar Semula Runaway, Pertandingan Paper Mache dan tidak ketinggalan juga Makers Got Talent.
Program yang dijayakan bersama pelbagai agensi berkenaan akan dibahagikan kepada 10 ruang iaitu Ruang Pencentakan 3D, Ruang Kulinari, Ruang Hobbies, Ruang Berkebun, Ruang Textiles, Ruang Ketukangan, Ruang Seni & Kraf, Ruang Robotik & Dron, Ruang Muzik dan tidak ketinggalan Ruang Keusahawanan Komuniti Setempat
Untuk maklumat lanjut, mereka yang berminat boleh menghubungi pihak penganjur di talian 085-422 525 (Mohd. Khadzrie Bin Mohd. Ramzie Faizal | Muhd. Annwar Bin Adenan | Suzanna Abdullah | Zuwahir Ilias atau layari saluran media sosial Pustaka Negeri Sarawak, Miri.