MIRI – Pustaka Negeri Sarawak, Miri telah menyusun atur pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak sepanjang cuti persekolahan bermula 16 Disember 2023 ini.
Aktiviti-aktiviti berbeza akan diadakan setiap hari sehingga 30 Disember 2023 kecuali Ahad kelak dan ianya adalah dibuka untuk kanak-kanak sekitar Bandaraya Miri berusia 6 sehingga 12 tahun untuk aktiviti yang berkaitan dengan Gastrospace dan 4 sehingga 12 tahun untuk aktiviti lain.
Sesi aktiviti pada hari bekerja (Isnin sehingga Jumaat) adalah dari pukul 2:00 petang sehingga 4:00 petang manakala pada hujung minggu pula dari pukul 11:00 pagi sehingga 1:00 petang.
Antara aktiviti yang boleh disertai adalah aktiviti yang berkaitan dengan gastrospace sepertii kek mini coklat lava, ice blended, kuih gingerbread dan hias kek cawan anda dan aktiviti yang lain seperti membuat keychain, wall decoration, bookmark, bingkai gambar dan membuat tali telefon.
Pihak Pustaka juga bekerjasama dengan beberapa organisasi bagi menjalankan aktiviti -aktiviti ini, di antaranya adalah The Brew Crew dan Milus untuk aktiviti yang berkaitan dengan Gastrospace dan Twinnie Belle’s Craft dan Mixshop9 untuk aktiviti yang berkaitan dengan kraf.
Kalendar lengkap aktiviti cuti sekolah tersebut boleh diakses melalui saluran media sosial rasmi perpustakaan berkenaan.
Untuk maklumat lanjut, mereka yang berminat boleh menghubungi Muhd. Annwar Adenan dan Zuwahir Ilias di talian 085-422 525.
Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak 01 Jul 2026
Hari Bersama Pelanggan Pustaka Negeri Sarawak, Sibu 22 Aug 2026
Junior Innovate 2026 Maker Fair X Chumbaka Mid Year Open Day 22 Aug 2026
Borneo Cultural Festival 2026 (Sibu) 03 Sep 2026
Sarawak Children s Art & Literature Festival 2026 (Sibu) 05 Sep 2026