MIRI – Satu pameran seni akan diadakan di lobi Pustaka Negeri Sarawak, Miri pada 28 Julai akan datang sempena Borneo International Arts Festival (BIFA) di Pustaka Negeri Sarawak, Miri. Tema pameran seni pada kali ini adalah “A Tapestry of Nature and Culture”.
Pameran ini mengetengahkan hasil karya artis tempatan dan antarabangsa seperti Thailand. Pameran ini adalah kerjasama antara Pustaka Negeri Sarawak, Miri dan Curtin Universiti Malaysia.
Objektif pameran seni ini adalah untuk menonjolkan kemahiran dan kreativiti artis tempatan dan antarabangsa di pameran ini. Selain mempamerkan karya mereka, pameran seni ini dapat mempromosikan pemahaman dan penghargaan terhadap pelbagai budaya melalui karya seni artis. Melalui pameran ini, orang ramai boleh mempelajari tentang kepelbagaian ekspresi seni dan warisan budaya. Tambahan pula, acara ini dapat menyediakan platform untuk artis menerima penghargaan dan pengiktirafan atas dedikasi mereka.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Perkhidmatan Penglibatan Komuniti melalui e-mel cesd.pm@gmail.com atau 085-422 525 (Puan Dorithy Dela Anak Lawrence, Encik Muhd. Annwar Adenan, Puan Zuwahir Ilias, dan Puan Suzanna Abdullah), atau lawati platform media sosial rasmi Pustaka Negeri Sarawak, Miri.
Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak 01 Jul 2026
Juh Nambah Ilmu Siri 2 (Anjuran Pustaka Kuching) 14 Aug 2026
Knowledge Camp Series 2: Create. Play. Code! 15 Aug 2026
Hari Bersama Pelanggan Pustaka Negeri Sarawak, Sibu 22 Aug 2026
Junior Innovate 2026 Maker Fair X Chumbaka Mid Year Open Day 22 Aug 2026