MIRI – Pustaka Negeri Sarawak, Miri akan mengadakan Program Perkhemahan Ilmu di Digital Community Centre, Bakam, Miri pada pada 20 & 21 Julai 2024 (Sabtu & Ahad) ini.
Objektif penganjuran perkhemahan ilmu ini adalah untuk meningkatkan kemahiran interpersonal seperti komunikasi, kerjasama, dan kepimpinan melalui aktiviti berkumpulan dan perbincangan, menggalakkan pembangunan peribadi dan emosi, termasuk keyakinan diri, daya tahan dan sikap positif. Selain itu, objektif yang ingin dicapai adalah meningkatkan kesedaran dan penghargaan terhadap alam sekitar melalui aktiviti seperti berkhemah, dan pemerhatian alam dan memperkenalkan peserta kepada kepelbagaian budaya dan adat melalui interaksi dengan peserta dari latar belakang yang berbeza.
Sebanyak 44 peserta yang akan ikuti kem ini yang terdiri daripada murid sekolah menengah yang datang daripada pelbagai latar belakang. Program ini adalah anjuran bersama Pustaka Miri dengan kerjasama JKK Kampung Bakam, Pusat Pemimpin Muda All Aboard (Chumbaka), Jabatan Bomba dan penyelamat, Polis Diraja Malaysia, dan EYE1RECYCLE (Miri) SB.
Majlis Penutupan Program Perkhemahan Ilmu akan disempurnakan oleh Tuan Hajis Japar Labaw, Setiausaha Politik kepada YAB Premier mewakili Yang Berhormat Datuk Dr. Ripin Bin Lamat, Timbalan Menteri Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N.72 Lambir pada 21 Julai 2024 (Ahad).
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Perkhidmatan Penglibatan Komuniti melalui e-mel cesd.pm@gmail.com atau 085-422 525 (Puan Dorithy Dela Anak Lawrence, Encik Muhd. Annwar Adenan, Puan Zuwahir Ilias, dan Puan Suzanna Abdullah), atau lawati platform media sosial rasmi Pustaka Negeri Sarawak, Miri.
Seminar Sarawak Lestari Bertemakan ?Alam Sekitar dan Sumber Asli? 27 Nov 2025
Makersmeet 2025 29 Nov 2025
(Sibu) Fun Run 5KM in conjunction with the 5th Anniversary of Pustaka Sibu 30 Nov 2025
Sarawakiana Festival 2025 08 Dec 2025