Pada 16 – 18 Jun 2011 yang lalu,
Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak dan Universiti
Teknologi MARA telah mengadakan InterPARES International Joint, Summit &
Symposium yang ke 5 bertempat di Pustaka Negeri Sarawak.
InterPARES 3 Project, International
Joint Summit & Symposium bertemakan “Preserving
Authentic Records in the Digital Environment: Preliminary Findings of the
InterPARES 3 Project”.
Perasmian InterPARES 3 Summit &
Symposium telah disempurnakan oleh wakil kepada Yang Amat Berhormat Pehin Sri
Haji Abdul Taib Mahmud, iaitu Yang Berbahagia Datin Hajah Fatimah Abdullah,
Menteri di Jabatan Ketua Menteri pada 17 Jun 2011.
Pada sebelah malam pula, telah diadakan
Majlis Makan Malam menyambut kedatangan ahli InterPARES bersama dengan Yang Berhormat
Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg yang
telah diadakan di Hotel Hilton.
Kira – kira dalam 130 orang peserta
telah menghadiri InterPARES Symposium pada 17 & 18 Jun 2011 yang terdiri
daripada wakil – wakil daripada jabatan dan agensi kerajaan negeri Sarawak dan
wakil dari institusi daripada negara jiran seperti Indonesia, Brunei, Sabah dan
Semananjuang Malaysia. Antara kandungan yang
dibentangkan adalah berkenaan dengan pengurusan rekod dan arkib secara
elektronik.
Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak 01 Jul 2026
Juh Nambah Ilmu Siri 2 (Anjuran Pustaka Kuching) 14 Aug 2026
Knowledge Camp Series 2: Create. Play. Code! 15 Aug 2026
Hari Bersama Pelanggan Pustaka Negeri Sarawak, Sibu 22 Aug 2026
Junior Innovate 2026 Maker Fair X Chumbaka Mid Year Open Day 22 Aug 2026