MIRI – Pustaka Negeri Sarawak cawangan Miri mempelawa kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah untuk sama-sama menyertai Pertandingan Cosplay anjuran Pustaka Negeri Sarawak Miri, sempena dengan Stemplayground 2024 yang bakal di adakan di Pustaka Negeri Sarawak, Miri pada 7-8 September 2024 ini.
Tema bagi pertandingan cosplay ini adalah terbuka kepada semua jenis genre cosplay dari media hiburan seperti wira-wira atau pun watak anime. Manakala Original Character (OC) adalah tidak di benarkan dalam pertandingan ini.
“Tujuan pertandingan ini di adakan adalah untuk membina dan mengukuhkan komuniti yang mempunyai minat yang sama, serta membolehkan peminat bertemu dan berkongsi pengalaman” ujar Pustakawan Pn Dorithy Dela Lawrence
Hadiah kemenangan berupa wang tunai bakal menanti para pemenang dari tempat pertama sehingga ke tiga dan juga sagu hati kepada lima peserta di seperti ketetapan berikut:
Johan : RM 300
Naib Johan : RM 200
Tempat Ketiga : RM 100
Saguhati x5 : RM 50 + Sijil Penyertaan
Borang pendaftaran dan syarat penyertaan boleh di dapati di pautan ini https://forms.gle/W7wjeCkd9t1iFH5q8 atau imbas kod qr di poster. Tarikh akhir mendaftar untuk ikut serta pertandingan ini adalah pada 2 September 2024 ( Isnin ).
Untuk maklumat lanjut, mereka yang berminat boleh menghubungi pihak penganjur di talian 085-422 525 (Dorithy Dela Lawrence | Annwar Adenan ) atau layari laman sesawang www.pustaka-sarawak.com serta saluran media sosial Pustaka Negeri Sarawak Miri
Program Jerayawara Sarawak Lestari 2025 Zon Selatan,Kampung Hulur Meludam, Betong 19 Nov 2025
Seminar Sarawak Lestari Bertemakan ?Alam Sekitar dan Sumber Asli? 27 Nov 2025
Makersmeet 2025 29 Nov 2025
(Sibu) Fun Run 5KM in conjunction with the 5th Anniversary of Pustaka Sibu 30 Nov 2025
Sarawakiana Festival 2025 08 Dec 2025