MIRI – Pustaka Negeri Sarawak, Miri akan menganjurkan program Bejalai Storytellers pada 24 dan 25 September 2024 dan ianya akan melibatkan kanak-kanak tadika dan sekolah rendah di sekitar bandaraya Miri, Niah dan Baram. Tahun ini, program ini akan menampilkan pencerita antarabangsa, iaitu Anna Manuel dari Australia dan Kak Budi Baik Budi dari Indonesia. Program ini menyasarkan kanak-kanak tadika dan sekolah rendah berumur antara 4 hingga 12 tahun.
Selain mempromosikan pendaftaran keahlian Pustaka di kalangan kanak-kanak, objektif utama penganjuran program ini adalah untuk mendedahkan mereka kepada kreativiti bercerita, menarik minat untuk membaca, serta membina keyakinan diri dan kemahiran pengucapan awam dalam kalangan kanak-kanak.
Enam (6) buah tadika dan juga sekolah rendah di sekitar Miri telah di kenalpasti dan di pilih untuk menjayakan program ini
“Berharap agar melalui program ini dapat membantu kanak-kanak untuk memahami betapa pentingnya terus meneroka, belajar dan berkongsi pengalaman mereka dengan orang lain” ujar Pn Dorithy Dela Lawrence, Ketua Bahagian Perkhidmatan Penglibatan Komuniti.
Untuk maklumat lanjut atau ingin mengadakan program serupa, orang ramai boleh menghubungi Pustaka Miri di talian 085-422 525 atau melalui media sosial rasmi mereka.
Knowledge Camp 2025 21 Jun 2025
Blood Donation Drive, Pustaka Miri 21 Jun 2025
Community Talk : Speak with Confidence, Impress with Stories ( Miri) 21 Jun 2025
International Archives Week 2025 23 Jun 2025
(SIBU) Borneo Cultural Festival 2025 03 Jul 2025