22 Januari 2025, KUCHING – Pustaka Negeri Sarawak telah menerima kunjungan hormat daripada SeDidik Sarawak hari ini bertujuan untuk:
a. Mengukuhkan Jalinan Kerjasama: Meningkatkan hubungan strategik antara SeDidik Sarawak dan Pustaka Negeri Sarawak bagi memperkukuhkan kerjasama dalam Pembangunan Pendidikan Awai Kanak-kanak.
b. Penerokaan Program Literasi: Meneroka peluang kerjasama dalam program literasi dan pendidikan yang dapat diselaraskan dengan keperluan SeDidik Sarawak untuk meningkatkan budaya membaca dan pembelajaran kreatif dalam kalangan pelajar.
c. Perkongsian Sumber dan Kepakaran: Meneroka potensi perkongsian sumber perpustakaan, peralatan digital dan kepakaran yang boleh menyokong pembelajaran abad ke-21 di pusat pendidikan SeDidik Sarawak.
Pertanyaan lanjut berkaitan lawatan rasmi di Pustaka Negeri Sarawak sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat ditalian 082-442000.
Perkhemahan Ilmu Siri 2 (2026) 17 Oct 2026
Minggu Literasi Media dan Maklumat Global (UNESCO) 2026 26 Oct 2026
Sarawak Global Media & Information Literacy Dialogue 2026 29 Oct 2026
International Knowledge Conference (IKC) 2026 23 Nov 2026
Pustaka Anjur Makers Bootcamp Siri 2, 2026 28 Nov 2026