MIRI – Pustaka Negeri Sarawak cawangan Miri mempelawa semua pelajar sekolah, Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institu Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Sarawak untuk sama-sama menyertai Pertandingan Video Pendek 2025 sempena dengan Seminar Sarawak Lestari 2025 yang bakal di adakan di Miri, Sarawak.
Tema “Kelestarian Alam Sekitar” dipilih bagi meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya pelajar, terhadap kepentingan memelihara alam sekitar, di samping menggalakkan penglibatan dan kreativiti golongan muda dalam menyampaikan mesej berkaitan pemuliharaan alam sekitar secara berkesan; ia juga selari dengan aspirasi Kerajaan Sarawak ke-arah Pembangunan mampan dan menangani isu global seperti perubahan iklim dan pencemaran melalui pendekatan pendidikan dan penyertaan komuniti.
Hadiah kemenangan berupa wang tunai bakal menanti para pemenang dari tempat pertama sehingga ke tiga di seperti ketetapan berikut:
Johan : RM 1,000
Naib Johan : RM 800
Tempat Ketiga : RM 600
Pertandingan ini akan berlangsung dari 4 Jun hingga 30 Jun 2025. Sepanjang tempoh ini, para peserta di galakkan untuk mengasilkan video yang mengandungi elemen pendidikan, kesedaran dan seruan tindakan terhadap isu-isu berkaitan dengan kelestarian seperti pencemaran, perubahan iklim, kitar semula, pemuliharan hutan dan biodiversity.
Borang pendaftaran dan terma & syarat boleh di dapati di https://shorturl.at/ukg1E ataupun imbas QR Kod di poster.
Untuk mengetahui terma dan syarat pertandingan atau maklumat lanjut, boleh hubungi Mohamad Nizam Abang Takip atau Puan Zuwahir Ilias di talian 085-422525.
Seminar Sarawak Lestari Bertemakan ?Alam Sekitar dan Sumber Asli? 27 Nov 2025
Makersmeet 2025 29 Nov 2025
(Sibu) Fun Run 5KM in conjunction with the 5th Anniversary of Pustaka Sibu 30 Nov 2025
Sarawakiana Festival 2025 08 Dec 2025