29 Julai 2025, KUCHING โ Pustaka Negeri Sarawak telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Astana Negeri Sarawak bagi bertemu dengan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar, serta isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Fauziah binti Mohd Sanusi.
Kunjungan yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka, Tuan Haji Japri Bujang bin Masli, bertujuan menyampaikan undangan rasmi kepada TYT Tun Pehin Sri dan YABhg. Toh Puan untuk berkenan merasmikan Sarawak Bookfair 2025, yang dijadual berlangsung pada 27 September hingga 5 Oktober 2025 di The Hills Mall, Kuching.
YABhg. Toh Puan turut dijemput untuk berkenan merasmikan Sarawak Childrenโs Arts and Literature Festival (SCALF) 2025, yang bakal diadakan pada 16 dan 17 Ogos 2025 di Pustaka Negeri Sarawak.
Dalam sesi pertemuan tersebut, TYT Tun Pehin Sri turut berkenan berkongsi pandangan berhubung beberapa isu penting berkaitan pembangunan budaya membaca di Malaysia;
๐๐๐ซ๐๐ง๐๐ง ๐๐๐ฎ ๐๐๐ฉ๐ ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐๐ฆ๐ฎ๐ฉ๐ฎ๐ค ๐๐ฎ๐๐๐ฒ๐ ๐๐๐ฆ๐๐๐๐
โ๐๐ข๐บ๐ข ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ค๐ข๐บ๐ข ๐ฃ๐ข๐ฉ๐ข๐ธ๐ข ๐ช๐ฃ๐ถ ๐ฃ๐ข๐ฑ๐ข ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ข๐ช๐ฏ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ข๐ฏ๐ข๐ฏ ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ต๐ช๐ฏ๐จ ๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ฎ ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ถ๐ฑ๐ถ๐ฌ ๐ฎ๐ช๐ฏ๐ข๐ต ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ฃ๐ข๐ค๐ข ๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ฎ ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ข๐ฏ๐ข๐ฌ-๐ข๐ฏ๐ข๐ฌ. ๐๐ฆ๐ซ๐ข๐ฌ ๐ฌ๐ฆ๐ค๐ช๐ญ, ๐ด๐ข๐บ๐ข ๐ด๐ฆ๐ฏ๐ต๐ช๐ข๐ด๐ข ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ฃ๐ข๐ค๐ข ๐ด๐ฆ๐ค๐ข๐ณ๐ข ๐ต๐ฆ๐ณ๐ฃ๐ถ๐ฌ๐ข ๐ฅ๐ช ๐ฉ๐ข๐ฅ๐ข๐ฑ๐ข๐ฏ ๐ข๐ฏ๐ข๐ฌ-๐ข๐ฏ๐ข๐ฌ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ค๐ถ๐ค๐ถ-๐ค๐ถ๐ค๐ถ ๐ด๐ข๐บ๐ข. ๐๐ช๐ฏ๐ฅ๐ข๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ช๐ฏ๐ช ๐ด๐ฆ๐ค๐ข๐ณ๐ข ๐ต๐ช๐ฅ๐ข๐ฌ ๐ญ๐ข๐ฏ๐จ๐ด๐ถ๐ฏ๐จ ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ช ๐ฅ๐ฐ๐ณ๐ฐ๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ฌ๐ฆ๐ฑ๐ข๐ฅ๐ข ๐ฎ๐ฆ๐ณ๐ฆ๐ฌ๐ข ๐ถ๐ฏ๐ต๐ถ๐ฌ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ค๐ช๐ฏ๐ต๐ข๐ช ๐ฃ๐ถ๐ฌ๐ถ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ช๐ญ๐ฎ๐ถ ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ฆ๐ต๐ข๐ฉ๐ถ๐ข๐ฏ,โtitah TYT Tun Pehin Sri.
๐๐ฎ๐๐๐ฒ๐ ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ ๐ฌ๐๐๐๐ ๐๐ข ๐๐ฌ๐๐ฌ ๐๐๐ฆ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ง๐๐ง ๐๐ฅ๐ฆ๐ฎ
TYT Tun Pehin Sri turut berkenan menegaskan bahawa budaya membaca merupakan asas penting dalam pembentukan masyarakat berilmu. Menurut beliau, amalan membaca bukan sekadar rutin harian, sebaliknya satu budaya yang wajar dipupuk dan dihargai sejak usia muda agar menjadi sebahagian daripada gaya hidup masyarakat.
๐๐๐ง๐ ๐ก๐๐ซ๐ ๐๐๐ง ๐ญ๐๐ซ๐ก๐๐๐๐ฉ ๐๐ง๐ข๐ฌ๐ข๐๐ญ๐ข๐ ๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐๐ค๐
TYT Tun Pehin Sri turut berkenan merakamkan penghargaan atas usaha berterusan Pustaka Negeri Sarawak dalam menganjurkan pelbagai program yang menjurus kepada pemupukan budaya membaca dalam kalangan masyarakat.
โ๐๐ฆ๐ต๐ช๐ฌ๐ข ๐ฃ๐ถ๐ฅ๐ข๐บ๐ข ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ฃ๐ข๐ค๐ข ๐ฅ๐ช๐ญ๐ช๐ฉ๐ข๐ต ๐ด๐ฆ๐ฎ๐ข๐ฌ๐ช๐ฏ ๐ฎ๐ฆ๐ณ๐ฐ๐ด๐ฐ๐ต ๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ฎ ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ฎ๐ข๐ด๐บ๐ข๐ณ๐ข๐ฌ๐ข๐ต, ๐ช๐ฏ๐ช๐ด๐ช๐ข๐ต๐ช๐ง ๐ด๐ฆ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ต๐ช ๐ช๐ฏ๐ช ๐ข๐ฎ๐ข๐ต ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ฎ๐ข๐ฌ๐ฏ๐ข ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ฉ๐ข๐ณ๐ถ๐ด ๐ฅ๐ช๐ต๐ฆ๐ณ๐ถ๐ด๐ฌ๐ข๐ฏ,โ titah beliau.
๐๐๐๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐ฆ๐๐ซ๐ค๐๐ฌ๐๐๐ง ๐๐ฎ๐๐๐ฒ๐ ๐๐๐ฆ๐๐๐๐
Dalam pertemuan tersebut, TYT Tun Pehin Sri turut berkenan membangkitkan beberapa kekangan yang dihadapi dalam usaha memperkasakan budaya membaca. Antaranya ialah ketiadaan akhbar dalam tulisan Jawi, yang dahulunya menjadi medium penting penyebaran ilmu khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu. Beliau menyifatkan kehilangan akhbar Jawi sebagai satu kerugian besar dalam pembangunan literasi nasional.
๐๐๐ฉ๐๐ง๐ญ๐ข๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ง๐ฎ๐ฅ๐ข๐ฌ๐๐ง ๐ฒ๐๐ง๐ ๐๐๐ซ๐๐ญ๐ฎ๐ซ ๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐๐๐ก๐๐ฌ๐ ๐๐ง๐๐๐ก
TYT Tun Pehin Sri juga berkenan menasihatkan agar masyarakat tidak menggunakan singkatan secara sembarangan dalam penulisan, khususnya dalam komunikasi rasmi dan pendidikan. Beliau menekankan bahawa penulisan yang baik dan teratur mencerminkan martabat bahasa serta identiti bangsa.
โ๐๐ฆ๐ฏ๐จ๐จ๐ถ๐ฏ๐ข๐ข๐ฏ ๐ฃ๐ข๐ฉ๐ข๐ด๐ข ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฃ๐ฆ๐ต๐ถ๐ญ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ค๐ฆ๐ณ๐ฎ๐ช๐ฏ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ช๐ฅ๐ฆ๐ฏ๐ต๐ช๐ต๐ช ๐ฌ๐ช๐ต๐ข,โ titah beliau.
๐๐๐ซ๐๐ฉ๐๐ง ๐ญ๐๐ซ๐ก๐๐๐๐ฉ ๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐๐ค๐ ๐๐๐ ๐๐ซ๐ข ๐๐๐ซ๐๐ฐ๐๐ค
TYT Tun Pehin Sri turut berkenan menyatakan harapan agar Pustaka Negeri Sarawak terus komited dalam memainkan peranan memperkukuh budaya membaca menerusi pelaksanaan program yang berkesan dan relevan.
โ๐๐ข๐บ๐ข ๐บ๐ข๐ฌ๐ช๐ฏ, ๐ฅ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ฅ๐ฆ๐ฌ๐ข๐ต๐ข๐ฏ ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ด๐ฆ๐ด๐ถ๐ข๐ช ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ฎ๐ฆ๐ด๐ณ๐ข ๐ฎ๐ข๐ด๐บ๐ข๐ณ๐ข๐ฌ๐ข๐ต, ๐ถ๐ด๐ข๐ฉ๐ข ๐ช๐ฏ๐ช ๐ฎ๐ข๐ฎ๐ฑ๐ถ ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ฃ๐ฆ๐ณ๐ช ๐ช๐ฎ๐ฑ๐ข๐ฌ ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฃ๐ฆ๐ด๐ข๐ณ ๐ฌ๐ฆ๐ฑ๐ข๐ฅ๐ข ๐จ๐ฆ๐ฏ๐ฆ๐ณ๐ข๐ด๐ช ๐ฎ๐ข๐ด๐ข ๐ฌ๐ช๐ฏ๐ช ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ข๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฅ๐ข๐ต๐ข๐ฏ๐จ,โ titah beliau lagi.
Dalam kesempatan tersebut, TYT Tun Pehin Sri dan YABhg. Toh Puan turut berkenan diperkenalkan kepada Amelia, maskot rasmi Reading Seeds 4.0, yang berperanan sebagai sahabat membaca kanak-kanak serta daya penarik utama program kepada golongan anak-anak dan ibu bapa.
Turut serta dalam delegasi tersebut ialah Hajah Salina Zawawi (Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Perkhidmatan), Encik Ramdzan Hj Saman (Ketua Sektor Perkhidmatan Perpustakaan), serta pustakawan Puan Norassima Sitam dan Encik Edison Ricket.
Sarawak Children's Literature Festival 2025 23 Aug 2025
(SIBU) Sarawak Children's Art & Literature Festival 2025 06 Sep 2025
Sambutan Hari Literasi Sedunia 08 Sep 2025
Sambutan Hari Literasi Sedunia 2025 08 Sep 2025
Sarawak Bookfair 2025 24 Sep 2025