EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Pustaka Negeri Sarawak Anjur Festival Kanak-Kanak Dan Lancar Reading Seeds 4.0

Ditulis pada 14 August 2025

π’π€π‘π€π–π€πŠ π‚π‡πˆπ‹πƒπ‘π„πβ€™π’ 𝐀𝐑𝐓 𝐀𝐍𝐃 π‹πˆπ“π„π‘π€π“π”π‘π„ π…π„π’π“πˆπ•π€π‹ πŸπŸŽπŸπŸ“
KUCHING - Sarawak Children’s Literature Festival (SCALF) 2025 anjuran Pustaka akan diadakan pada 16 hingga 17 Ogos 2025 bertempat di Pustaka Negeri Sarawak. Festival yang dinanti-nantikan ini akan berlangsung dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang.

SCALF 2025 mengetengahkan 11 ruang aktiviti interaktif yang direka khas untuk meneroka imaginasi dan potensi kanak-kanak melalui pelbagai pendekatan menarik. Antara aktiviti yang akan disediakan termasuk bengkel praktikal, persembahan muzik dan tarian, sesi bercerita, permainan interaktif, gerai jualan dan banyak lagi.

Matlamat utama festival ini adalah untuk memupuk kreativiti, mengasah bakat serta membina kemahiran sosial dalam kalangan kanak-kanak. Di samping itu, ia juga merupakan satu inisiatif untuk membudayakan ilmu dan memperkasa pembelajaran sepanjang hayat di peringkat usia muda.

πŒπ€π‰π‹πˆπ’ ππ„π‘π€π’πŒπˆπ€π
Majlis perasmian Festival akan disempurnakan oleh Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah binti Mohd Sanusi pada 16 Ogos 2025 bertempat di Galeri, Pustaka Negeri Sarawak. Dalam majlis tersebut, Toh Puan juga akan merasmikan pelancaran Kit Reading Seeds Versi 4.0, satu lagi inisiatif penting yang menyokong perkembangan literasi awal kanak-kanak. Pihak Pustaka amat berbesar hati atas sokongan penuh Toh Puan terhadap kedua-dua program ini yang memberi impak besar kepada pembangunan ilmu dalam kalangan generasi muda.

Penyertaan ke festival ini adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua kanak-kanak dari pelbagai peringkat umur.

π‘π„π€πƒπˆππ† 𝐒𝐄𝐄𝐃𝐒 πŸ’.𝟎 πƒπˆπ‹π€ππ‚π€π‘πŠπ€π – π’π„πŒπ€πˆ π‚πˆππ“π€ 𝐁𝐀𝐂𝐀𝐀𝐍 π’π„π‰π€πŠ πƒπ€π‹π€πŒ πŠπ€ππƒπ”ππ†π€π
Bersempena perasmian SCALF 2025 pada 16 Ogos 2025, Pustaka juga turut melancarkan Reading Seed Kit 4.0, yang akan berlangsung di Galeri, Pustaka Negeri Sarawak pada jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Reading Seeds 4.0 merupakan kesinambungan berterusan Pustaka Negeri Sarawak dalam menyemai budaya membaca seawal usia – sejak dalam kandungan, seiring aspirasi Dekad Membaca Kebangsaan (DMK) 2019–2030.

Kit ini direka khas untuk ibu bapa, penjaga, pendidik dan komuniti, dan menyediakan bahan bacaan serta panduan yang sesuai mengikut fasa perkembangan kanak-kanak dari peringkat antenatal sehingga usia tiga tahun.

Mengapa Reading Seeds 4.0 Istimewa?
β€’ Berfasa & Mesra Kanak-kanak – Enam modul lengkap mengikut umur, dari janin hingga 3 tahun.
β€’ Berasaskan Kajian Saintifik – Disusun mengikut Reading Milestones (Laura A. Jana & Jennifer Shu, 2023) dan Milestones Perkembangan Kanak-Kanak (Paediatric Protocols Malaysia, 2019).
β€’ Fleksibel & Inklusif – Sistem warna kod memudahkan pemilihan bahan, tetapi tetap fleksibel mengikut minat dan kesediaan anak.
β€’ Mesra Semua Golongan – Termasuk buku braille untuk kanak-kanak dengan masalah penglihatan, serta buku menggunakan fon mesra disleksia untuk membantu pembaca yang menghadapi kesukaran membaca, buku bergambar yang interaktif dan permainan kayu pendidikan.
β€’ Menyokong Peranan Ibu Bapa – Modul khas β€œIbu Bapa Sebagai Rakan Membaca” memberi strategi praktikal untuk bacaan menyeronokkan, interaktif, dan penuh kasih sayang.

Kit ini merupakan satu persediaan untuk memastikan asas literasi kukuh sejak awal kehidupan.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai kedua-dua program di atas sila hubungi Nur Ashikin Ahmad ditalian 011-1087 0191