EN | BM

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Persiapan Persidangan ICA 2027: Delegasi Pustaka Negeri Sarawak Mengadakan Pertemuan Dengan Premier Sarawak

Ditulis pada 21 August 2025

18 Ogos 2025, KUCHING โ€“ Pustaka Negeri Sarawak telah mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri Dr. Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak, bagi memaklumkan penganjuran ๐ˆ๐ง๐ญ๐ž๐ซ๐ง๐š๐ญ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ ๐‚๐จ๐ฎ๐ง๐œ๐ข๐ฅ ๐จ๐ง ๐€๐ซ๐œ๐ก๐ข๐ฏ๐ž๐ฌ (๐ˆ๐‚๐€) ๐‚๐จ๐ง๐Ÿ๐ž๐ซ๐ž๐ง๐œ๐ž ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ• yang akan berlangsung pada 1 hingga 5 November 2027 di Kuching, Sarawak.

Pustaka Negeri Sarawak akan bertindak sebagai tuan rumah tempatan bersama Arkib Negara Malaysia (NAM) bagi persidangan berprestij ini.

Dalam pertemuan tersebut, Premier Sarawak telah menyatakan sokongan penuh terhadap penganjuran ๐ˆ๐‚๐€ ๐‚๐จ๐ง๐Ÿ๐ž๐ซ๐ž๐ง๐œ๐ž ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ•, yang diyakini mampu memperkukuh jaringan profesional arkib antarabangsa serta menyerlahkan kepelbagaian budaya dan keupayaan Sarawak sebagai destinasi penganjuran acara bertaraf dunia.

Delegasi ini diketuai oleh Tuan Haji Japri Bujang Masli, Ketua Pegawai Eksekutif, Pustaka Negeri Sarawak, Datoโ€™ Jaafar Sidek bin Haji Abdul Rahman, Ketua Pengarah Arkib Negara Malaysia (ANM) dan Puan Amelia Roziman, Ketua Pegawai Eksekutif, Business Events Sarawak (BE Sarawak).

Turut hadir adalah delegasi Pustaka Negeri Sarawak iaitu Encik Wan Mazli Wan Razali, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Puan Hayati Sabil, Ketua Sektor Perkhidmatan Depositori, dan Puan Dayangku Horiah Awangku Gani, Ketua Bahagian Pengurusan Arkib manakala delegasi ANM adalah Encik Zaidin bin Mohd Noor, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Perancangan dan Pengurusan), Encik Shahlin Ali, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelarasan dan Puan Norsuriaty Awang Hassim, Pengarah Bahagian Pengurusan Penyelidikan dan Dokumentasi serta pegawai kanan ANM yang lain.

Pautan Berkaitan

https://www.facebook.com/media/set/?vanity=pustaka.sarawak&set=a.1163818255782248