EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Ceramah Komuniti: Program Kesedaran Pemuliharaan Orkid Sarawak & Inovasi Lestari

Ditulis pada 23 January 2026

MIRI – Orang awam dijemput untuk menghadiri Ceramah Komuniti: Program Kesedaran Pemuliharaan Orkid Sarawak & Inovasi Lestari yang akan berlangsung pada 28 Januari 2026 (Rabu) bertempat di Auditorium, Pustaka Negeri Sarawak, Miri bermula jam 2.00 petang hingga 5.00 petang.

Program ini Adalah anjuran bersama Pustaka Negeri Sarawak, Miri dan Persatuan Orkid Sarawak ( SARORSO) sebagai usaha meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan pemuliharaan spesies orkid serta amalan kelestarian alam sekitar di Sarawak.

Program Kesedaran Spesies Orkid Peringkat Negeri ini bertujuan untuk meningkatkan pemahaman orang awam terhadap kekayaan biodiversiti orkid Sarawak serta memupuk amalan pemuliharaan alam sekitar yang bertanggungjawab, sejajar dengan aspirasi pembangunan lestari dan hala tuju sifar karbon Sarawak.

Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk memperkukuh kesedaran awam terhadap pemuliharaan orkid melalui perkongsian maklumat saintifik yang tepat berkaitan spesies orkid, ancaman terhadap kelangsungan hidupnya serta tingkah laku bertanggungjawab selaras dengan keutamaan biodiversiti Sarawak.

Program ini juga bertujuan memberi inspirasi kepada penglibatan sekolah melalui pengenalan model mikropropagasi pelajar JIVOM, yang telah berjaya mentransformasikan pembelajaran di MRSM Kuching, dengan harapan agar inisiatif ini dapat diperluaskan ke sekolah-sekolah di Miri.

Inisiatif ini secara langsung menyokong aspirasi Sarawak ke arah pembangunan sifar karbon serta menyumbang kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, khususnya SDG 4 (Pendidikan Berkualiti), SDG 8 (Pertumbuhan Ekonomi), SDG 9 (Inovasi), SDG 15 (Kehidupan di Darat) dan SDG 17 (Perkongsian untuk Matlamat).

Program ini akan menampilkan barisan penceramah berpengalaman dan berwibawa, antaranya:

Yang Mulia Tengku Dr. Hjh Auvaroza T. Abraham,
Pengerusi dan Pengasas SARORSO (Orchids of Sarawak)
Tajuk: “Why They Matter”

Puan Ling Chea Yiing,
Pegawai Penyelidik Kanan, Jabatan Perhutanan Sarawak
Tajuk: “Legislation and Regulations Governing Orchid Species in Sarawak”

Profesor Dr. Rusea Go,
Pakar Taksonomi dan Penulis Buku
Tajuk: “Orchid Taxonomy and a Career as a Taxonomist”

Dr. Simon Pugh Jones,
Pakar Orkid dan Pengasas Writhlington School Orchid Project
Tajuk: “From Youth to Professional: A Journey in Orchid Conservation”

Kemasukan adalah percuma, namun pendaftaran awal adalah diwajibkan. Orang awam boleh mendaftar dengan mengimbas kod QR yang disediakan atau melalui pautan berikut: https://forms.gle/2Aab18pZRn4mNCZq8

Untuk maklumat lanjut mengenai program, sila hubungi Pustaka Negeri Sarawak, Miri di talian 085-422 525 atau layari laman sesawang serta platform media sosial rasmi kami.

Pautan Berkaitan

-