EN | BM
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Laman Rasmi Pustaka Negeri Sarawak

Baca.Reka.Cemerlang

Pustaka Negeri Sarawak, Miri anjur siri ceramah Sarawakiana: bahasa etnik sarawak – cabaran pemuliharaan di era global

Ditulis pada 19 February 2026

MIRI – Orang awam dijemput hadir untuk menyertai satu sesi ilmiah menerusi Siri Ceramah Sarawakiana yang mengetengahkan tajuk “Bahasa Etnik Sarawak: Cabaran Pemuliharaan Di Era Global” pada Isnin, 23 Februari 2026, bermula dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang bertempat di Auditorium, Pustaka Negeri Sarawak, Miri.

Ceramah Siri Sarawakiana anjuran Pustaka Negeri Sarawak, Miri ini akan memberi tumpuan kepada cabaran pemuliharaan bahasa etnik Sarawak dalam konteks globalisasi yang semakin pesat. Bahasa etnik bukan sahaja berfungsi sebagai medium komunikasi, malah merupakan lambang identiti, warisan budaya, dan wahana penyampaian ilmu yang penting dalam masyarakat majmuk Sarawak. Namun demikian, perubahan sosial, kemajuan teknologi, dan pengaruh global telah mewujudkan cabaran baharu dalam usaha memastikan kelangsungan bahasa-bahasa ini.

Program ini akan menampilkan penceramah jemputan, Cik Elia Bit, Pensyarah dari Curtin University Malaysia, yang akan berkongsi pengalaman, cabaran sebenar, serta langkah-langkah praktikal dalam usaha memulihara bahasa etnik Sarawak. Sesi ini juga akan membuka ruang kepada hadirin untuk terlibat secara interaktif melalui sesi soal jawab dan perbincangan bersama penceramah.

Menurut En. Davidsal Jimmy Berayen, Pegawai Pustaka Negeri Sarawak, Miri, program ini diharap dapat memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemeliharaan bahasa etnik sebagai sebahagian daripada warisan intelektual dan identiti kolektif Sarawak.
“Selain itu, inisiatif ini juga selaras dengan usaha berterusan Pustaka Negeri Sarawak dalam memelihara, mendokumentasi, dan mempromosikan warisan budaya negeri untuk generasi masa kini dan akan datang,” katanya lagi.

Orang ramai dijemput untuk menghadiri ceramah ini dan boleh membuat pendaftaran melalui imbasan kod QR yang disediakan pada bahan promosi rasmi program atau lewati pautan ini https://forms.gle/1RrNGN6SjSEqxAgx6

Untuk maklumat lanjut mengenai program, sila hubungi Ahmad Samsudin/Davidsal Jimmy Berayen/ Mohd. Nizam Abd Takip di talian 085-422 525 atau layari laman sesawang serta platform media sosial rasmi kami.

Pautan Berkaitan

-