Pustaka Miri baru-baru ini telah mengadakan `Batik Fun Walk 2011` buat julung kalinya pada 16 Julai 2011. Sebanyak dua belas pasukan mengambil bahagian dan pasukan termasuk dari agensi-agensi Kerajaan, pertubuhan-pertubuhan bukan Kerajaan (NGO), sekolah-sekolah serta tadika.
Program ini telah dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Rekreasi - KSR Pustaka Miri dengan sokongan dari Majlis Bandaraya Miri. Objektif utamanya adalah untuk memupuk cintakan seni batik yang indah yang sinonim dengan Malaysia dan rantau Asia Tenggara serta menggalakkan gaya hidup sihat dengan mengambil bahagian dalam senaman beramai-ramai.
Program ini yang julung-julung kali berlaku diadakan di Miri City Fan pada 7:00 am dengan Menteri Muda Komunikasi dan Sukan, Datuk Lee Kim Shin merasmikan acara tersebut. Para peserta mengambil bahagian dalam `Senam Kenyalang`, sesi aerobik umum yang mengintegrasikan tarian tradisional menjadi rutin senaman.
Batik Fun Walk adalah terbuka kepada kumpulan yang terdiri daripada 8-10 orang dalam satu pasukan dan dihakimi dari segi semangat kesukanan serta kreativiti mereka, dan kerja berpasukan dan pada masa yang sama, berpakaian berwarna-warni yang dibuat dari batik tradisional atau berkain batik.
Pasukan Batique Columba dari SMK St Columba membawa pulang hadiah pertama serta anugerah `Most Sporting Team` manakala Pasukan Hospital Miri di tempat kedua. Tempat ketiga dimenangi oleh KEMAS (Jabatan Kemajuan Masyarakat) yang juga memenangi gelaran `Pasukan Batik Paling Kreatif`. Tadika Astana telah dianugerahkan `Penyertaan Paling Banyak` kerana menghantar empat pasukan untuk menyertai aktiviti berjalan kaki.
Program Jerayawara Sarawak Lestari 2025 Zon Selatan,Kampung Hulur Meludam, Betong 19 Nov 2025
Seminar Sarawak Lestari Bertemakan ?Alam Sekitar dan Sumber Asli? 27 Nov 2025
Makersmeet 2025 29 Nov 2025
(Sibu) Fun Run 5KM in conjunction with the 5th Anniversary of Pustaka Sibu 30 Nov 2025
Sarawakiana Festival 2025 08 Dec 2025