Pada 26 Jun 2011 yang
lalu, Pustaka Negeri Sarawak dengan kerjasama Sarawak
Photographer`s Group (SPG) telah mengadakan satu sesi forum fotografi
yang bertajuk “Teori, kaedah dan praktis dalam fotografi” jam
10.00 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Bilik Seminar 1 dan 2,
Tingkat 1, Pustaka Negeri Sarawak.
Forum ini disampaikan oleh tiga orang
pensyarah IPTA iaitu Encik Hakimi Halim,
En. Hishamuddin bin Haji Siri dari Jabatan Seni Visual dan Teknologi,
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, UNIMAS dan En. Shariful Hafizal bin
Aminuddin dari Jabatan Fotografi dan Pengimejan Kreatif, Fakulti Seni
Lukis dan Seni Reka, UiTM yang
berkongsi pengalaman serta pengetahuan mereka di dalam bidang
fotografi.
Sesi santai yang
berlangsung selama empat jam ini turut memberi galakkan dan sokongan
kepada golongan
belia yang berminat dalam bidang fotografi untuk menceburi bidang ini
yang semakin terkenal pada masa kini. Disamping itu, para peserta
yang menghadiri sesi ini diberi peluang untuk mengambil gambar di
sekitar kawasan Pustaka bagi menyerlahkan bakat mereka dalam bidang
fotografi. Mereka juga digalakkan untuk menyertai pertandingan
fotografi bersempena Majlis Pelancaran u-Pustaka di Pustaka Negeri
Sarawak.
Sesi ini juga diadakan bertujuan untuk
mempromosikan Pustaka Negeri Sarawak sebagai sebuah gedung ilmu dan
memberikan kesedaran kepada golongan belia mengenai betapa pentingnya
perkongsian maklumat.
Knowledge Camp 2025 21 Jun 2025
International Archives Week 2025 23 Jun 2025
Sarawak Children's Literature Festival 2025 23 Aug 2025
Sambutan Hari Literasi Sedunia 08 Sep 2025
Sambutan Hari Literasi Sedunia 2025 08 Sep 2025