Pustaka Negeri
Sarawak telah mengadakan program `Lan Berambeh bersama Pustaka`
di Politeknik Mukah pada 9 Julai 2011. Program ini merupakan salah
satu pendekatan untuk memenuhi keperluan keahlian korporat Pustaka
yang berada diluar kawasan Kuching. Disamping mempromosi perkhidmatan
yang ditawarkan oleh Pustaka Negeri Sarawak.
Program ini
berperanan sebagai salah satu saluran untuk memberi pengetahuan
kepada masyarakat bagaimana untuk memperolehi maklumat dan
pengetahuan dengan cara yang tepat dan sahih serta membina
kecemerlangan dalam pembelajaran melalui aktiviti – aktiviti yang
menarik.
Antara aktiviti
yang dijalankan adalah Kempen
Keahlian u-Pustaka,
promosi
Perkhidmatan Pustaka Negeri Sarawak
secara dalam talian, Kuiz
kenali Pustaka, penjualan Siri Sarawakiana, taklimat Cabaran Membaca
1Buku Sebulan, Kelas Literasi Maklumat dan Bacaan Kegemaran Saya.
Melalui program
ini Pustaka Negeri Sarawak bukan sahaja mendapat manfaat tetapi
secara tidak langsung dapat menjalankan tanggungjawab sosial kepada
komuniti di sekitarnya. Selain itu, Pustaka Negeri Sarawak dapat
mendidik masyarakat cintakan ilmu dengan memberi pendedahan mengenai
kaedah pencarian maklumat yang efektif dan efisien serta relevan
dengan kehidupan seharian mereka.
Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak 01 Jul 2026
Juh Nambah Ilmu Siri 2 (Anjuran Pustaka Kuching) 14 Aug 2026
Knowledge Camp Series 2: Create. Play. Code! 15 Aug 2026
Hari Bersama Pelanggan Pustaka Negeri Sarawak, Sibu 22 Aug 2026
Junior Innovate 2026 Maker Fair X Chumbaka Mid Year Open Day 22 Aug 2026