Pada
29
dan 30 Jun 2011 Bahagian Penyerahan Bahan-bahan Terbitan Sektor
Perkhidmatan Depositori, Pustaka Negeri Sarawak telah mengadakan
Lawatan Penguatkuasaan Kesedaran Penyerahan Bahan-bahan Terbitan di
Bahagian Limbang, Sarawak.
Objektif
penguatkuasaan adalah untuk memberi penerangan dan kefahaman tentang
keperluan, faedah dan implikasi Kegiatan Serahan Bahan (Legal
Deposit), meningkatkan kesedaran tentang perlunya terbitan Negeri
Sarawak dikumpul untuk dipelihara sebagai warisan intelek bangsa,
menjalin kerjasama di kalangan penerbit dan Pustaka Negeri Sarawak
serta tanggungjawab mereka terhadap keperluan yang termaktub di
bawah Sarawak State Library Ordinance, 1999 serta memberi penjelasan
tentang peranan Pustaka Negeri Sarawak sebagai Pusat Penyerahan
Negeri.
Lawatan
penguatkuasaan telah
diadakan di empat buah jabatan dan dua buah sekolah di Limbang iaitu
Jabatan Pendaftaran Negara Bahagian Limbang, Pejabat Tenaga Kerja
Limbang, Pejabat Belia dan Sukan Limbang, Jabatan Pertanian Limbang,
SMK Limbang dan SMK Agama Limbang.
Program Jerayawara Sarawak Lestari 2025 Zon Selatan,Kampung Hulur Meludam, Betong 19 Nov 2025
Seminar Sarawak Lestari Bertemakan ?Alam Sekitar dan Sumber Asli? 27 Nov 2025
Makersmeet 2025 29 Nov 2025
(Sibu) Fun Run 5KM in conjunction with the 5th Anniversary of Pustaka Sibu 30 Nov 2025
Sarawakiana Festival 2025 08 Dec 2025