Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak
- Pusat Sumber Maklumat, Aras 1, Pustaka Negeri Sarawak.
Start Date : 28 Oct 2022
End Date : 28 Oct 2022
Time : 9:00AM - 5:00pm
Venue : Seminar Room, Pustaka Negeri Sarawak Sibu
Bersempena Sarawak Authors Festival 2022, Pustaka Negeri Sarawak, Sibu akan mengadakan Forum Sarawakiana: Kepentingan Pendokumentasian Untuk Pemeliharaan Warisan Budaya pada 28 Oktober 2022 (Jumaat) bertempat di Bilik Seminar, Pustaka Negeri Sarawak, Sibu.
Panel jemputan bagi forum tersebut terdiri daripada Prof Haris Fadzilah Abdul Rahman (Pensyarah UTS Sibu), Tuan Haji Hamdan Marais (Sejarawan) dan Encik Eddy Tek Chai Puah (Penulis Buku Tempatan). Moderator bagi forum tersebut pula ialah Cik Nurina Pillin (Pensyarah Kolej Komuniti Sibu).
Forum ini bakal mengetengahkan isu pendokumentasian atau penulisan warisan budaya untuk tujuan pemeliharaan.
Forum tersebut akan bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Penyertaan adalah percuma dan terhad kepada 70 orang peserta sahaja.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Cik Nur Amanina Mastani atau Puan Georgiana Usun Jok di talian 084-315200 (ext 200).