Sequence Preloader Icon Three orange dots increasing in size from left to right

 

 SarawakID Register

PROGRAM DERMA DARAH

Start Date : 29 Oct 2022

End Date : 29 Oct 2022

Time : 9:00AM - 2:00pm

Venue : Bilik Serbaguna, Pustaka Negeri Sarawak Sibu

Pustaka Negeri Sarawak, Sibu akan mengadakan Program Derma Darah pada 29 Oktober 2022 (Sabtu), pada jam 9:00 pagi sehingga 2:00 petang, bertempat di Bilik Serbaguna, Pustaka Sibu.

Program Derma Darah ini diadakan bersempena Sarawak Authors Festival 2022 yang akan diadakan pada 24 sehingga 29 Oktober 2022.

Program Derma Darah ini merupakan kerjasama antara Pustaka Negeri Sarawak, Sibu dengan Hospital Sibu (Unit Transfusi, Tabung Darah) bertujuan untuk menyokong inisiatif kesihatan negara, bagi menyediakan bekalan darah yang mencukupi dan selamat.

Orang awam yang sihat tubuh badan yang ingin menderma darah dimohon untuk membawa Kad Pengenalan dan Buku Derma Darah (sekiranya ada) ke program itu kelak.

Untuk sebarang lanjut, sila hubungi Puan Afiza Ibrahim atau Puan Sofea Sharif (Unit Komunikasi Korporat, Pustaka Sibu) di talian 019-8806966