EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Makluman Rasmi Berhubung Pengagihan Reading Seeds Kit 4.0

Posted on 19 October 2026

Pustaka Negeri Sarawak merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah menyokong inisiatif Reading Seeds 4.0 serta melengkapkan Modul Ibu Bapa Sebagai Rakan Membaca menerusi program e-Pembelajaran PANDei.

Pustaka Negeri Sarawak memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami oleh ibu bapa berhubung proses pengagihan kit ini. Setiap maklum balas yang diterima akan dijadikan panduan untuk menambah baik kaedah serta penyelarasan proses pengagihan pada masa akan datang agar urusan tuntutan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan lancar.

Sokongan dan penghargaan ibu bapa terhadap inisiatif ini turut menjadi dorongan kepada Pustaka Negeri Sarawak untuk meneruskan usaha memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak sejak usia awal.

Sekali lagi, terima kasih atas kesabaran, pemahaman dan sokongan semua pihak. Pustaka Negeri Sarawak komited untuk terus menambah baik penyampaian perkhidmatan demi manfaat ibu bapa, anak-anak dan komuniti.

Pihak Pengurusan,
Pustaka Negeri Sarawak

Click here to go to related link