30 Mac 2024, KUCHING - Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia, YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib telah mengadakan Lawatan Kerja ke Pustaka Negeri Sarawak.
Lawatan ini dipimpin oleh Tuan Haji Japri Bujang Masli, Ketua Pegawai Eksekutif, Pustaka Negeri Sarawak dan diiringi oleh Encik Wan Mazli Wan Razali, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi) dan Cik Hajah Salina Haji Zawawi, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Perkhidmatan), Pustaka Negeri Sarawak.
Lawatan ini bertujuan untuk bertukar pendapat dan idea mengenai topik kesedaran, advokasi dan inisiatif berkaitan pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
Selain itu, YB Dato Hajjah Hanifah Hajar Taib juga diberi penerangan mengenai perkhidmatan- perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pustaka Negeri Sarawak.
Pertanyaan lanjut berkaitan lawatan rasmi di Pustaka Negeri Sarawak sila hubungi Bahagian Komunikasi Korporat di talian 082-442000.
Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak 01 Jul 2026
Seminar Sarawak Lestari 2026 13 Aug 2026
Juh Nambah Ilmu Siri 2 (Anjuran Pustaka Kuching) 14 Aug 2026
Knowledge Camp Series 2: Create. Play. Code! 15 Aug 2026
Hari Bersama Pelanggan Pustaka Negeri Sarawak, Sibu 22 Aug 2026