14 April 2024, KUCHING - Telah berlangsungnya Program Semarak Raya Komuniti @ PD Bandar Baru Samariang, Kuching.
Program ini dihadiri seramai 150 orang jemputan termasuk 30 orang anak-anak dari Yayasan Kemajuan Insan Sarawak (YAKIN) dan 5 orang asnaf dari Bandar Baru Samariang.
Antara aktiviti yang diadakan antaranya Sampul Raya Saya bersama anak-anak YAKIN, pertandingan anyaman ketupat sate (individu) dan pertandingan Nostalgia Kad Raya (konsep keluarga) yang bertemakan perpaduan. Selain itu, YB Menteri Perpaduan, YBhg Datuk Hajah Saraya Binti Arbi yang merupakan Pengerusi Ahli Lembaga Penasihat PNM dan Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak turut menunjukkan bakat masing-masing dalam seni anyaman ketupat.
Objektif utama program ini diadakan adalah untuk mempromosikan perpustakaan desa sebagai sebuah pusat aktiviti dan pengumpulan masyarakat disamping memberikan peluang kepada YB Menteri untuk beramah mesra dan menyantuni masyarakat.
Diharap agar program seumpama ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang.
#pustakanegerisarawak
#sarawakstatelibrary
#staterecordrepository
#repositorirekodnegeri
#bacarekacemerlang
#readinnovateexcel
#pustaka2024
Please LIKE, COMMENT & SHARE:
https://linktr.ee/pustakanegerisarawak?utm_source=qr_code
https://www.facebook.com/pustaka.sarawak/posts/pfbid0ajHyw94k1WgksAQC6jWkikBnBQ5ZgTFKph46iuojCvo1pPeKULDTTQhs2ywHNwq7l
//cer
Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak 01 Jul 2026
Seminar Sarawak Lestari 2026 13 Aug 2026
Juh Nambah Ilmu Siri 2 (Anjuran Pustaka Kuching) 14 Aug 2026
Knowledge Camp Series 2: Create. Play. Code! 15 Aug 2026
Hari Bersama Pelanggan Pustaka Negeri Sarawak, Sibu 22 Aug 2026