EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Amalan Membaca Asas Pembinaan Masyarakat Berilmu - Program Jom Baca Bersama 2026

Posted on 23 April 2026

23 April 2026, KUCHING โ€“ Pustaka Negeri Sarawak hari ini telah berjaya menganjurkan Program Jom Baca Bersama 2026, sebuah inisiatif berterusan yang bertujuan memperkukuh budaya membaca dan literasi dalam kalangan masyarakat, selaras dengan aspirasi membina masyarakat berilmu, berdaya saing dan sejahtera.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman Bin Haji Junaidi, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Penyelaras Projek untuk Agensi Wilayah, Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Hal Ehwal Islam). Penganjuran program ini mencerminkan komitmen berterusan Pustaka Negeri Sarawak dalam memupuk amalan membaca sebagai sebahagian daripada gaya hidup masyarakat merentasi pelbagai peringkat usia.

Dalam ucapannya, YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman menegaskan bahawa usaha membudayakan membaca perlu dilaksanakan secara konsisten dan bersepadu dengan penglibatan semua pihak.

โ€œ๐˜ˆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ญ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ค๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ญ๐˜ถ ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ฅ๐˜ข๐˜บ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ค๐˜ข๐˜ณ๐˜ข ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ถ๐˜ด๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ข๐˜จ๐˜ข๐˜ช ๐˜ข๐˜ด๐˜ข๐˜ด ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ด๐˜บ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ต ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ญ๐˜ฎ๐˜ถ, ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ง๐˜ช๐˜ฌ๐˜ช๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ณ๐˜ช๐˜ต๐˜ช๐˜ด ๐˜ฅ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฅ๐˜ข๐˜บ๐˜ข ๐˜ด๐˜ข๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ. ๐˜—๐˜ณ๐˜ฐ๐˜จ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฎ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ช ๐˜‘๐˜ฐ๐˜ฎ ๐˜‰๐˜ข๐˜ค๐˜ข ๐˜‰๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ต๐˜ช๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฉ๐˜ข๐˜ธ๐˜ข ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ค๐˜ข๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฃ๐˜ฐ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฉ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ซ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ด๐˜ข๐˜ต๐˜ถ ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ฅ๐˜ข๐˜บ๐˜ข ๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ช๐˜ฌ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต๐˜ช ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข,โ€ katanya.

Antara pengisian utama program ialah Sesi Jom Baca Bersama selama 10 minit yang melibatkan penyertaan tetamu kehormat, peserta serta para pengunjung sebagai simbol sokongan kolektif terhadap usaha membudayakan amalan membaca dalam kehidupan seharian.

Program ini turut menampilkan Perkongsian Buku Kegemaran oleh YB Datuk Dr Haji Abdul Rahman Bin Haji Junaidi, serta Persembahan Deklamasi Puisi Jom Baca yang menggabungkan elemen kesusasteraan, kreativiti dan ekspresi seni bagi menyemarakkan budaya ilmu.

Selain itu, majlis ini menyaksikan Pelancaran Program Galakan Membaca Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Kuching, di samping pelancaran sistem digital โ€œ๐˜๐˜ฏ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ง๐˜ข๐˜ค๐˜ฆ & ๐˜™๐˜ฆ๐˜ฑ๐˜ฐ๐˜ณ๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ ๐˜š๐˜บ๐˜ด๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฎ ๐˜‹๐˜ช๐˜จ๐˜ช๐˜ต๐˜ข๐˜ญ ๐˜Š๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜ช๐˜ต๐˜บ ๐˜Š๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ณ๐˜ฆโ€ yang bertujuan memperkasakan pengurusan, pemantauan dan pelaporan aktiviti komuniti secara lebih sistematik, bersepadu dan berasaskan data.

Sebagai penghargaan terhadap usaha memupuk pembudayaan amalan membaca, majlis turut menyampaikan Anugerah Pengiktirafan Pembaca Aktif kepada individu terpilih daripada pelbagai kategori iaitu:
โ€ข Kategori Kanak-kanak: Izzul Haqq Bin Iqmal Hisham
โ€ข Kategori Pelajar: Bourgou Adam
โ€ข Kategori Dewasa: Amirul Fataha Bin Abdul Ghani
โ€ข Kategori Golongan Istimewa: Saidi Abdul Aziz Saโ€™adi Bin Abdullah
โ€ข Kategori Warga Emas: Chew Chui Ing
โ€ข Kategori Kakitangan Pustaka: Joponimilina Lisen

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah atas pencapaian, komitmen serta usaha berterusan dalam menjadikan membaca sebagai amalan hidup.

Turut hadir memeriahkan program ini ialah YB Dato Ir. Lo Khere Chiang, YBhg. Datu William Patrick Nyigor, Ahli Lembaga Pengurusan Pustaka Negeri Sarawak, YBrs. Tuan Haji Japri Bujang Masli, Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak, YBrs. Encik Alta Abang Anak Katum, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak serta YBrs. Puan Kon Siew Boi, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah, Sektor Pembelajaran, Pejabat Pendidikan Daerah Kuching.

Related Link

https://www.facebook.com/media/set?vanity=pustaka.sarawak&set=a.1369615781869160