17 April 2026, Kuching - Hari pertama Bengkel Literasi Digital telah berlangsung dengan jayanya di *DCC Semariang Batu* , bermula dengan sesi pendaftaran peserta diikuti *Taklimat Literasi Maklumat* serta pengenalan kepada perkhidmatan (Atas Talian) Pustaka Negeri Sarawak.
Peserta turut didedahkan dengan menggunakan platform digital seperti OPAC dan e-Pembelajaran PANDei sebagai asas kepada pencarian maklumat yang berkesan.
Seterusnya, peserta mengikuti sesi *Keselamatan Siber* , yang memberi penekanan kepada isu 3R di media sosial, Ai dan Anda selamat atau tidak? dan Aktiviti membina kata laluan yang selamat dalam era digital.
Menjelang tengah hari, bengkel diteruskan dengan aktiviti *Pencarian Maklumat* menggunakan platform seperti ChatGPT, Microsoft Copilot dan Google bagi membantu peserta menghasilkan idea kreatif seperti penjenamaan dan kapsyen promosi perniagaan.
Pada sesi petang, peserta diberi pendedahan kepada *Penghasilan Kandungan Kreatif* menggunakan imej dan reka bentuk digital melalui Canva. Peserta juga akan mengaplikasikan kemahiran tersebut dalam *aktiviti berkumpulan* untuk mencipta idea baharu bagi mempromosikan perniagaan masing-masing.
//cer
Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak 01 Jul 2026
Seminar Sarawak Lestari 2026 13 Aug 2026
Juh Nambah Ilmu Siri 2 (Anjuran Pustaka Kuching) 14 Aug 2026
Knowledge Camp Series 2: Create. Play. Code! 15 Aug 2026
Hari Bersama Pelanggan Pustaka Negeri Sarawak, Sibu 22 Aug 2026