Pustaka Negeri Sarawak akan menganjurkan Seminar Sarawak Lestari 2025 bertemakan “Alam Sekitar dan Sumber Asli” yang akan berlangsung di Kuching, Sarawak pada 27 November 2025.
Seminar ini menampilkan tujuh penceramah yang akan membentangkan tujuh topik utama berkaitan isu kelestarian alam sekitar dan pengurusan sumber asli. Selain itu, sebanyak sembilan pempamer turut menyertai pameran yang berkaitan rapat dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) No. 6, 7, 12, 13, 14 dan 15, merangkumi aspek air bersih, tenaga bersih, pengeluaran dan penggunaan bertanggungjawab, tindakan iklim, kehidupan di bawah air serta kehidupan di darat.
Sebagai organisasi yang diberi mandat untuk meningkatkan kesedaran awam terhadap Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), Pustaka Negeri Sarawak berperanan sebagai pusat rujukan, pendidikan dan advokasi dalam menyemai kefahaman masyarakat terhadap kepentingan kelestarian alam dan pembangunan mampan di Sarawak.
Jom Baca Bersama 2026 23 Apr 2026
Kuala Lumpur International Bookfair 2026 (PBAKL) 29 May 2026
Perkhemahan Ilmu Sempena Hari Pustakawan 2026 13 Jun 2026
Makers Bootcamp 2026 (Kuching) 27 Jun 2026
Seminar Sarawak Lestari 2026 13 Aug 2026