Pustaka Negeri Sarawak akan menganjurkan Makersmeet 2025 yang akan berlangsung di perkarangan Pustaka Negeri Sarawak, Kuching bermula 29 hingga 30 November 2025.
Program ini menghimpunkan pelbagai aktiviti berkonsepkan inovasi, kreativiti dan teknologi, dengan penglibatan komuniti serta agensi berkaitan. Orang awam dijemput hadir beramai-ramai untuk menyertai aktiviti hands-on, bengkel interaktif, serta pameran menarik yang pastinya memberi pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan.
Objektif Program:
1. Menggalakkan budaya penciptaan, inovasi dan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan masyarakat.
2. Menyediakan platform bagi komuniti dan penggiat teknologi tempatan untuk berkongsi ilmu dan idea kreatif.
3. Meningkatkan kesedaran awam terhadap teknologi hijau dan penyelesaian lestari sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG).
4. Mengeratkan hubungan antara komuniti, institusi pendidikan dan agensi kerajaan melalui aktiviti berteraskan teknologi dan kreativiti.
High Aptitude Meeting & Discourse Program : Logged In, Stressed Out: Mental Health in the Digital Age 16 Jul 2026
Forum Sarawakiana : Menghayati Hari Sarawak: Sejarah, Pengorbanan dan Harapan 21 Jul 2026
Karnival Sarawakku Membaca Siri 8/2026 (Zon N.58 Balingian) 01 Aug 2026
Seminar Sarawak Lestari 2026 13 Aug 2026
Juh Nambah Ilmu Siri 2 (Anjuran Pustaka Kuching) 14 Aug 2026