Pustaka akan mengadakan Program Jom Baca Bersama 2026 pada 23 April 2026 sebagai usaha membudayakan amalan membaca dalam kalangan masyarakat serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan literasi dan ilmu sebagai asas pembelajaran sepanjang hayat.
Pelbagai pengisian menarik akan diadakan bagi menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti membaca secara bersama, sekali gus memperkukuh peranan Pustaka sebagai pusat pembudayaan ilmu dan pembelajaran komuniti.
Orang ramai dijemput untuk mengikuti Facebook rasmi dan laman web Pustaka bagi mendapatkan maklumat serta perkembangan terkini dari semasa ke semasa.
Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak 01 Jul 2026
Perkhemahan Ilmu Siri 2 (2026) 17 Oct 2026
Minggu Literasi Media dan Maklumat Global (UNESCO) 2026 26 Oct 2026
Sarawak Global Media & Information Literacy Dialogue 2026 29 Oct 2026
International Knowledge Conference (IKC) 2026 23 Nov 2026