Pustaka Negeri Sarawak merakamkan ucapan tahniah kepada para pemenang Pertandingan Video Ulasan Buku Sempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit 2026 yang telah berlangsung dengan jayanya.
Pertandingan ini dianjurkan sebagai usaha memperkukuh budaya membaca dalam kalangan masyarakat di samping menggalakkan penghasilan kandungan digital yang kreatif, bermanfaat dan berinspirasi melalui platform media sosial.
Johan pertandingan telah dimenangi oleh Bakarbin Ajak menerusi akaun Facebook Cequba Legasi. Tempat Naib Johan pula disandang oleh Helena Mujan Ronny melalui akaun Facebook Saya Fatimah Azzahra, manakala Tempat Ketiga dimenangi oleh Farah Humaira Binti Mohamad Fairuddin menerusi akaun Facebook SMKA Tun Ahmad Zaidi.
Pustaka Negeri Sarawak turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian serta memberikan komitmen sepanjang pertandingan ini berlangsung.
Penyertaan yang diterima jelas menunjukkan kreativiti peserta dalam menghasilkan video ulasan buku yang bukan sahaja menarik, malah mampu menyampaikan mesej positif dalam usaha menyemarakkan amalan membaca dalam masyarakat.
Pustaka Negeri Sarawak berharap agar program seperti ini akan terus menjadi platform untuk berkongsi ilmu, memupuk minat membaca serta menggalakkan penghasilan kandungan digital yang berkualiti dan memberi manfaat kepada masyarakat.
Syabas dan tahniah sekali lagi kepada semua pemenang dan peserta.
Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak 01 Jul 2026
Seminar Sarawak Lestari 2026 13 Aug 2026
Juh Nambah Ilmu Siri 2 (Anjuran Pustaka Kuching) 14 Aug 2026
Knowledge Camp Series 2: Create. Play. Code! 15 Aug 2026
Hari Bersama Pelanggan Pustaka Negeri Sarawak, Sibu 22 Aug 2026