Novel hasil karya Helmi Effendy ini mengisahkan pemburu hantu bernama Badruz Zaman dan Citra Adra yang mencari relung. Dalam usaha mencari relung, mereka terpaksa berhadapan dengan pelbagai situasi yang setiap satunya amat mendebarkan. Terselit zaman kesultanan Melayu Melaka, asal-usul ulik mayang, perempuan berkebaya merah dan lelaki berkapak.
Penulis cuba mengungkapkan kehebatan bangsa Melayu itu sendiri sama ada melalui peristiwa masa kini ataupun yang telah lalu. Ia dibuat secara bersahaja tanpa berlebih-lebihan diserap secara perlahanlahan melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku. Novel ini menghiburkan, tidak terlalu seram dan tidak terlalu mendebarkan. tetapi membacanya pasti akan mengikat kita sehingga tamat.