Buku ini ditulis oleh Ustaz Mohd. Fadli Yusof yang berpengalaman luas dalam bidang dakwah di Asia Tenggara dan Jepun. Ia ditulis dengan bahasa yang mudah, ringkas dan jelas untuk semua golongan samada masyarakat Islam dan bukan Islam.
Buku ini dibahagi kepada 5 tajuk besar iaitu teladan, nasihat, adab, keluarga dan masyarakat serta mengandungi 198 mukasurat. Ia dipecahkan kepada beberapa tajuk kecil yang merangkumi perkara tauhid dan kemasyarakatan. Buku ini banyak menceritakan kisah-kisah di zaman Rasulullah S.A.W dan para sahabat serta disertakan dengan nas-nas Al-Quran dan hadith-hadith bagi merungkai dan mengetengahkan fenomena masyarakat kini dan usul penyelesaian ke arah membentuk masyarakat yang progresif dunia dan akhirat.