EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

AMALAN IBU MENGANDUNG: MENURUT AL-QURAN, AS-SUNNAH & PENGALAMAN

image description
Call no.
: 618.24/SIT
Author
: SITI NOR BAHYAH MAHAMOOD, HAJI MUHAMMAD ZAKARIA, JAAFAR SALLEH
Contributor
: Nur Syamimi Abdullah
Summary
Siti Nor Bahyah Mahamood telah banyak menghasilkan buku-buku ilmiah berbentuk keagamaan seiring dengan persekitaran kehidupan dan hubungan sesama insan. Beliau merupakan seorang penulis yang terkenal bukan saja dalam penulisan malah sering dilihat di muka kaca televisyen sebagai penceramah dalam rancangan keagamaan di pelbagai siaran di Malaysia. Sebuah buku yang betajuk AMALAN IBU MENGANDUNG menurut Al-Quran, As-sunnah dan pengalaman telah dicetuskan oleh beliau dan dikongsikan idea bersama Haji Muhammad Zakaria dan Jaafar Salleh. Isi kandugan buku ini amat menarik dan menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami. Kualiti buku juga amat menarik, gambar berwarna yang jelas dengan paparan barisan ayat suci Al-Quran bagi pedoman ibu-ibu yang beragama Islam di samping amalan doa seharian yang diajar untuk dilakukan setiap masa. Terdapat juga sebahagian penggunaan ilustrasi kartun yang bersahaja disertakan dengan informasi yang dapat difahami sepenuhnya kepada si pembaca. Buku ini sesuai ditatap oleh seorang ibu tidak berkerjaya mahupun berkerjaya yang bakal bergelar ibu tidak lama lagi, bakal pengantin baru, isteri yang berusaha untuk mengandung serta seisi keluarga. Amalan kehidupan dalam suasana berkeluarga mencerminkan tugas-tugas seharian seorang wanita yang bakal bergelar ibu. Saat penantiannya diwarnai dengan pelbagai panduan dan ikutan yang bermanfaat kepada mereka di luar sana ketika membuat persiapan untuk menyambut tetamu baru dalam keluarga. Penulis telah memberikan banyak petua berguna berlandaskan Al-Quran, As-sunnah dan pengalaman yang boleh dijadikan sebagai contoh bakal ibu di luar sana supaya lebih bersedia menghadapi apa saja kemungkinan seperti keberkatan, mushibah, penyakit, masalah, kebaikan dan sebagainya.