EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

KELAPA POHON AJAIB

image description
Call no.
: 634.61/CAH
Author
: AGUS N. CAHYO
Contributor
: Nur Syamimi Abdullah
Summary
Seorang penulis yang berasal daripada negara Indonesia telah menghasilkan sebuah buku tentang buah kelapa. Beliau adalah Agus N. Cahyo. Bagi melancrkan pemahaman masyarakat Malaysia, buku ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malayu dengan sepenuhnya oleh Nabilah Abdul Jalil. Kandungan buku yang mempunyai 122 mukasurat ini telah menghasilkan sebanyak 5 bab berkenaan dengan rahsia phon kelapa, hebatnya kelapa kepada kesihatan, ramuan ubat dari kelapa, dan hebatnya kelapa dalam kecantikan. Penggunaan gambar yang tidak berwarna namun gaya bahasa yang ringkas dan mudah dibaca. Penulis menyatakan tentang istilah saintifik buah kelapa ialah ‘cocos nucifera dan tergolong dalam spesis palma selain digelar ‘nyiur’. Penulis berpendapat buah kelapa banyak tumbuh di persisiran pantai. Di antara kegunaan harian kelapa adalah seperti makanan, bahan hiasan, perubatan serta pembinaan dan industri perkayuan juga untuk penjagaan kecantikan dan rawatan penyakit. Pembaca yang memiliki buku ini amat beruntung kerana kandungan di dalam buku ini banyak menyentuh tentang kehebatan dan khasiat kelapa dan banyak kajian dan penemuan telah membuktikannya seiring dengan penggunaan peralatan dan teknilogi yang canggih.