EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

LEBIH BAIK MAKAN INI, BUKAN ITU

image description
Call no.
: 613.2/ZAH
Author
: DR. ZAHARAH, NUR NADIA ZAMBRI
Contributor
: Nur Syamimi Abdullah
Summary
Buku ini menampilkan 2 orang penulis yang telah menghasilkan satu informasi yang berguna kepada masyarakat Malaysia iaitu Dr. Zaharah dan Nur Nadia Zambri. Dr. Zaharah banyak terlibat di dalam penghasilan jurnal beberapa buah buku dalam bidang dietetik dan pemakanan. Manakala Nur Nadia bertugas sebagai Pegawai Sains Pemakanan di Kementerian Kesihatan Malaysia adalah juga pencetus idea buku ini iaitu di bawah seliaan Dr Zaharah.Tajuk buku yang berjaya dihasilkan oleh 2 orang penulis ini adaln bertajuk LEBIH BAIK MAKAN INI, BUKAN ITU iaitu dengan memaparkan tips dan panduan makan di luar secara sihat dengan peringatan ayatnya Resipi Sihat, Pilihan Bijak! Buku ini juga mengandungi jadual, carta serta sebuah gambar jelas mengenai ‘piramid makanan Malaysia’ sesuai dengan amalan pemakanan yang sihat oleh masyarakat Malaysia. Warna gambar adalah sederhana dan banyak menunjukkan tentang jenis makanan yang popular di kalangan masyarakat seperti kepelbagaian masakan berasaskan nasi, mi,sayuran, daging dan kuih-muih. Persoalan tentang gaya hidup kini merungkai sejauh mana jaminan pemilihan makanan di luar, cara berkesan untuk makan sihat di luar dan cara memilih makanan yang sihat dan berkhasiat apabila makan di luar. Buku ini memberi banyak panduan dan manfaat yang berguna kepada masyarakat yang sangat gemar makan di luar rumah.