EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

KRONIKEL DEWATA. II, CHAIRA

image description
Call no.
: 899.2333/LOK
Author
: Lokman Hakim
Contributor
: Nur Asikin Binti Ahmad
Summary
Novel ini menggabungkan unsur mitologi Melayu, elemen ghaib, dan tema futuristik dalam naratif yang kompleks dan mendalam. Tahun 1511, Desa Dika; Desa Dika digambarkan sebagai sebuah utopia, tiada kejahatan, syaitan, jin, atau jembalang. Namun, bagi Chaira, kesempurnaan ini menimbulkan rasa curiga, kerana di sebalik keamanan sering tersembunyi bahaya yang tidak kelihatan. Dalam pencariannya, Chaira bertemu dengan Api Sarwa, seorang lelaki kurus tetapi tegap yang dikelilingi oleh bunian. Api Sarwa memiliki aura suci yang luar biasa, namun di sebalik kesucian itu, Chaira merasakan bayang-bayang kejahatan yang terkurung dalam dirinya—bayang-bayang yang serupa dengan yang menuruti jejak Ezani. Tahun 2311; Genosid yang dilakukan oleh Kultus Tok Baki membangkitkan dua realiti berbeza di mata dua orang kasyaf, Ezani dan Chaira. Chaira melihat entiti yang harus ditentang sebagai Jagat Gelap, bayang-bayang Api Ilahi yang menuruti perwarisan keluarganya zaman-berzaman. Ezani pula berusaha menghalang Toh Rimpun Alam daripada terus memusnahkan Kota Langit Kuala Lumpur. Api Ilahi, makhluk lima dimensi yang mampu bermain dengan waktu dan mencapai realiti menurut kehendaknya, menjadi ancaman utama. Dalam realiti yang mencapah ini, nilai-nilai kemanusiaan mula rapuh, dan pertarungan antara kebaikan dan kejahatan menjadi semakin kompleks. Novel ini sesuai untuk pembaca yang menggemari kisah epik dengan watak-watak yang kompleks dan jalan cerita yang mendalam, serta mereka yang tertarik dengan gabungan mitologi tempatan dan elemen futuristik.