EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Pameran Sarawakiana: Squatters in Sibu

Start Date
30 Nov 2020
End Date
30 Dec 2020
Time
10:00AM - 5:00PM
Venue
Pustaka Negeri Sarawak Sibu
Details of Event

SIBU – Pustaka Negeri Sarawak Sibu akan mengadakan pameran lukisan: Squatters in Sibu bermula 30 November sehingga 30 Disember 2020 bertempat di Exhibition Hall (Lobby area), Pustaka Sibu. Objektif penganjuran pameran ini adalah untuk mengetengahkan bakat pelukis tempatan dan membantu mempromosikan koleksi beliau dalam medium warna air (watercolour) dalam pameran tersebut. Pameran ini dapat memberi gambaran serta mengimbau memori pemandangan setingga di Sibu pada masa dahulu dalam bentuk lukisan dan memperkenalkan sejarah penempatan setinggan di Sibu yang telah tidak wujud lagi pada masa kini. Pameran ini merupakan kerjasama dengan Encik Johnny Tang, pelukis berpengalaman kelahiran Sibu. Encik Johnny Tang telah mengadakan pameran lukisan beliau antaranya adalah di Port Moresby (2017) dan Manchester (2018) Beliau juga merupakan pengarang buku Impression Borneo (2016). Beliau juga pernah terlibat dengan pameran lukisan antarabangsa antaranya adalah: • 1989 Singapore “Promotion Sarawak Tourism Exhibition" • 1991 South Korea "ASEAN International Watercolor Exhibition" • 1992 Shanghai "ASEAN International Watercolor Exhibition" • 1993 Taiwan "ASEAN International Watercolor Exhibition" • 1991-94 Kuala Lumpur Malaysian Watercolor Association Annual Art Exhibition • 2014 World Climate Change Group Art Exhibition organized by France Embassy in Kuala Lumpur • 2018 Guangzhou Foshan "Belt and Road, Mazhong Group Exhibition” Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawa seranta kami, Nur Amanina Mastani di talian 084-315200 atau emel (nuraman@sarawak.gov.my). Info juga boleh didapati laman sesawang rasmi www.pustaka-sarawak.com & facebook rasmi @pustaka.sarawak

Event Statistics / Statistik Aktiviti

There were no participants signed up online for this event.