Program Karnival Sarawakku Membaca Siri 8 merupakan satu usaha berterusan untuk menyemai minat membaca serta memupuk budaya ilmu dan pengetahuan dalam kalangan masyarakat Sarawak. Program ini bertujuan melahirkan masyarakat yang lebih berilmu, berinformasi dan bermaklumat selaras dengan aspirasi pembangunan modal insan yang berkualiti dan berdaya saing.
Bagi merealisasikan matlamat tersebut, pelbagai aktiviti berkaitan pembacaan dan galakan membaca telah dirancang, termasuk bengkel, aktiviti praktikal, perkongsian ceramah, pameran serta program interaktif yang dapat menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat. Karnival ini dianjurkan dalam suasana yang menyeronokkan dan mendidik bagi menggalakkan masyarakat untuk terus menjadikan amalan membaca dan pembelajaran sepanjang hayat sebagai budaya hidup.
Program ini akan dirasmikan oleh YB Encik Abdul Yakub bin Haji Arbi, ADUN N.58 Balingian. Antara pengisian menarik yang disediakan ialah pameran agensi, aktiviti kanak-kanak, bengkel STEM, bengkel SDG, ceramah komuniti, pertandingan, kuiz serta pelbagai aktiviti lain yang memberi manfaat kepada pengunjung dari segenap peringkat umur. Melalui penganjuran karnival ini, diharapkan lebih ramai anggota masyarakat dapat menghayati kepentingan membaca sebagai asas pembentukan masyarakat berpengetahuan dan progresif.
There were 4 participant(s) who had signed up online for this event.
Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak 01 Jul 2026
Seminar Sarawak Lestari 2026 13 Aug 2026
Juh Nambah Ilmu Siri 2 (Anjuran Pustaka Kuching) 14 Aug 2026
Knowledge Camp Series 2: Create. Play. Code! 15 Aug 2026
Hari Bersama Pelanggan Pustaka Negeri Sarawak, Sibu 22 Aug 2026