EN | MY
Sarawak State Government crest - Official crest of the Sarawak government Pustaka Sarawak logo - Pustaka Negeri Sarawak library logo

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Forum Sarawakiana : Menghayati Hari Sarawak: Sejarah, Pengorbanan dan Harapan

Start Date
21 Jul 2026
End Date
21 Jul 2026
Time
2:30 petang-5:00 petang
Venue
Auditorium, Aras 1, Pustaka Negeri Sarawak
Details of Event

Pustaka Negeri Sarawak menjemput orang ramai untuk menyertai Forum Sarawakiana 2026 sempena Sambutan Hari Sarawak 2026 yang akan membawakan perbincangan menarik berkaitan sejarah, identiti dan aspirasi masa depan Sarawak.

Bertemakan ?Menghayati Hari Sarawak: Sejarah, Pengorbanan dan Harapan?, forum ini akan berlangsung pada 21 Julai 2026 (Selasa), dari jam 2.30 petang hingga 4.30 petang bertempat di Auditorium, Aras 1, Pustaka Negeri Sarawak.

Forum ini menampilkan barisan panel terdiri daripada Encik Afham Jauhari bin Aldi, Pengarah Arkib Negara Malaysia Cawangan Sarawak; Encik Dick Lembang anak Dugun, Pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS); serta Cik Ayla Medina binti Maran, wakil belia, dengan Encik Rudi Affendi Khalik sebagai moderator.

Perbincangan akan menyentuh kepentingan memahami sejarah Sarawak, peranan institusi dalam memelihara warisan dan rekod sejarah, serta tanggungjawab generasi muda dalam memperkukuh identiti dan jati diri Anak Sarawak.

Orang ramai berpeluang berinteraksi bersama panel menerusi sesi soal jawab yang turut diadakan bagi berkongsi pandangan dan perspektif mengenai sejarah serta warisan Sarawak.

Penyertaan adalah PERCUMA. Semua lapisan masyarakat dialu-alukan untuk hadir dan bersama-sama menghayati sejarah, menghargai warisan serta menyemarakkan semangat cintakan Sarawak.

Pendaftaran boleh dibuat melalui pautan berikut: https://forms.gle/vcULBtTmktgZfAJSA

Event Statistics / Statistik Aktiviti

There were 4 participant(s) who had signed up online for this event.