EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Program Jelajah u-Pustaka di Lundu, Lingga, Engkilili & Beladin

Posted on 11 June 2012

Kuching - Program Jelajah u-Pustaka telah diadakan di
Perpustakaan Awam Lundu pada 16 Februari 2012.
Seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada guru dan pelajar dari SMK
Sematan dan SMK Lundu telah mengikuti sesi taklimat u-Pustaka ini.





Program yang sama
juga turut diadakan pada 22 Februari 2012 di Pusat Jalur Lebar Komuniti Lingga
dengan seramai 25 orang peserta dari SK Lingga yang mengikuti sesi taklimat
u-Pustaka ini.
Di samping itu, program pembelajaran ICT telah diadakan oleh pihak
DANAWA Resources turut meningkatkan pengetahuan ICT para pelajar di kawasan
luar Bandar.







Pada 23 Februari
2012, program jelajah u-Pustaka juga telah diadakan di Pusat Jalur Lebar
Komuniti Engkilili yang telah disertai oleh 23 orang pelajar dari SMK
Engkilili. Program pengajaran ICT turut diadakan oleh pihak DANAWA Resources
untuk memberi pengetahuan ICT kepada masyarakat luar bandar.                                                    



Program ini juga
turut diadakan untuk pelajar SK Beladin dan SMK Beladin di Pusat Jalur Lebar
Beladin pada 24 Februari 201. Seramai 35 orang pelajar sekolah rendah dan
sekolah menengah telah mengikuti program ini dan mereka turut mendapat
pengetahuan untuk program ICT dari DANAWA Resources.