Kuching - Seramai 35 pelajar semester lima Diploma Pengurusan Maklumat, Universiti
 Teknologi MARA Cawangan Sarawak diiringi seorang pensyarah telah 
mengadakan lawatan sambil belajar ke Repositori Rekod Negeri pada 7 
Februari 2012 yang lalu.
Lawatan yang bertujuan memberi pendedahan dan 
pengetahuan kepada para pelajar tentang peranan Pustaka Negeri Sarawak 
dalam mengurus bahan arkib serta sedikit sebanyak dapat memberi 
pendedahan kepada para pelajar cara-cara memelihara bahan arkib yang 
diamalkan di Repositori Rekod Negeri. 
Para pelajar turut diberi 
pendedahan berkenaan kepentingan dalam menyerahkan salinan bahan-bahan 
terbitan tempatan ke Pustaka dan  kepentingan pengurusan di sesebuah 
agensi dan jabatan.
Sesi lawatan dimulakan dengan taklimat ringkas berkenaan fungsi dan 
aktiviti yang dijalankan di Repositori Rekod Negeri dan dimana mereka 
berpeluang menyaksikan demonstrasi di tempat kerja pemeliharaan bahan 
arkib termasuklah proses pembersihan dokumen dan fail, reprografi bahan,
 kemasukan data ke dalam sistem COMPASS dan penjilidan bahan arkib.
Diharap sesi lawatan ini dapat memberi gambaran sedikit sebanyak kepada 
para pelajar tentang kepentingan dalam memelihara khazanah negara 
terutamanya rekod dan bahan arkib yang menjadi identiti jitu sesebuah 
negara.
Program Jerayawara Sarawak Lestari 2025 Zon Selatan,Kampung Hulur Meludam, Betong 19 Nov 2025
Seminar Sarawak Lestari Bertemakan ?Alam Sekitar dan Sumber Asli? 27 Nov 2025
Makersmeet 2025 29 Nov 2025
(Sibu) Fun Run 5KM in conjunction with the 5th Anniversary of Pustaka Sibu 30 Nov 2025
Sarawakiana Festival 2025 08 Dec 2025