EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Bengkel Penulisan Esei Sejarah

Posted on 11 June 2012

Kuching - Pada 13 - 15 Januari 2012 Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Sarawak
dengan kerjasama Pustaka Negeri Sarawak dan Universiti Teknologi Mara
Cawangan Sarawak telah menganjurkan satu Bengkel Penulisan Esei Sejarah
di Hotel ONE Santubong, Kuching.

Objektif bengkel tersebut diadakan
adalah untuk melahirkan penulis-penulis esei sejarah di pelbagai
peringkat umur dan generasi seperti pelajar, penuntut universiti dan
juga orang awam, menanam minat terhadap sejarah bangsa dan negara,
selain menyemai semangat patriotik dan nasionalisme kepada generasi
muda.

Selain itu, objektif bengkel ini diadakan juga adalah untuk
menggalakkan kajian dan penggalian maklumat mengenai pelbagai input
sejarah di negara ini, terutamanya dalam garis waktu (timeline) yang
berbeza-beza. Bengkel tersebut adalah bertujuan untuk mencungkil bakat
serta menggilap kemahiran dan teknik menulis esei sejarah dengan lebih
berkesan.


Bengkel yang berlangsung selama 3 hari tersebut telah disertai oleh
seramai 104 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur
dan latarbelakang pendidikan. Majlis penutupan bagi Bengkel Penulisan
Esei Sejarah tersebut pula telah dirasmikan oleh Pengerusi Persatuan
Sejarah Malaysia Cawangan Sarawak (PSMCS), Yang Berbahagia Datu Putit
Matzen.