Kuching- Pada 9 Februari 2012 Bahagian Penyerahan Bahan-Bahan Terbitan telah
menerima di antaranya 5 buah salinan buku yang bertajuk ’From Belacan To
FM’ daripada Yang Berbahagia Datuk Haji Affandi Tahir.
Penyerahan bahan
tersebut merupakan satu keperluan seperti yang terkandung di dalam
seksyen 15(1), Sarawak State Library Ordinance, 1999, setiap penulis dan
penerbit mesti memperuntukkan bahan yang diterbitkan dengan menyerahkan
5 buah salinan bahan yang bercetak dan 2 salinan bahan tidak bercetak
kepada Pustaka Negeri Sarawak.
Bahan-bahan bercetak seperti buku,
terbitan bersiri, peta, carta dan poster. Manakala bahan tidak bercetak
seperti filem, sinematografi, mikrofilem, piring hitam, rakaman video
dan audio dan lain-lain media elektronik.
Tujuan utama penyerahan
bahan-bahan terbitan adalah untuk mempastikan agar khazanah penulisan di
Sarawak dapat dipelihara bukan sahaja untuk kegunaan penyelidik dan
cendikiawan hari ini tetapi juga untuk generasi akan datang.
Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak 01 Jul 2026
Juh Nambah Ilmu Siri 2 (Anjuran Pustaka Kuching) 14 Aug 2026
Knowledge Camp Series 2: Create. Play. Code! 15 Aug 2026
Hari Bersama Pelanggan Pustaka Negeri Sarawak, Sibu 22 Aug 2026
Junior Innovate 2026 Maker Fair X Chumbaka Mid Year Open Day 22 Aug 2026