EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Pameran Integrasi Borneo II: Fusion Of Borneo Art

Posted on 24 July 2012

Kuching - Pustaka Negeri Sarawak
dengan kerjasama Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menganjurkan Pameran
Integrasi Borneo II: Fusion of Borneo Art bermula pada 9 hingga 13 April
2012 bertempat di ruang legar aras 1, Pustaka Negeri Sarawak. Pelbagai hasil
karya seni
dalam media 2D & 3D yang dihasilkan oleh mahasiswa dan mahasiswi Tahun 2
Program Teknologi Seni Visual, Sekolah Pengajian Seni, UMS  serta koleksi-koleksi Sarawakiana yang
terdapat di Pustaka Negeri Sarawak telah dipamerkan.
Seramai
65 orang mahasiswa/i serta beberapa orang Pensyarah dari Fakulti Pengajian Seni
UMS telah terlibat dalam penganjuran pameran tersebut.





 Majlis
pelancaran pameran tersebut telah disempurnakan oleh Encik Paidi Amat Mokito,
Akauntan Pustaka Negeri Sarawak yang mewakili Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif,
Encik Japri Bujang Masli. Bersempena dengan pameran tersebut juga, beberapa
tajuk ceramah seperti Konsep dan Ruang Rumah (Perahu) Tradisi Suku Kaum Bajau
Laut,
Makanan Tradisi Masyarakat Bajau
Suluk dan lain-lain telah

dibentangkan oleh Pensyarah dari Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia
Sarawak dan wakil dari Majlis Adat Istiadat Sarawak pada 10 April 2012 bermula
pada jam 8.00 pagi sejurus selepas majlis perasmian bertempat Auditorium
Pustaka Negeri Sarawak.





 Objektif program ini diadakan adalah untuk menggalakkan
penglibatan mahasiswa/i dalam kegiatan bakti siswa untuk mencapai matlamat
dalam dalam bidang kepimpinan, kemasyarakatan dan perkembangan sahsiah. Selain
itu, pameran ini dapat memberikan informasi serta kesedaran khususnya kepada
mahasiswa/i dan masyarakat umumnya tentang hasil sejarah asal usul, hasil
pribumi, kepelbagaian kaum, sumber asli dan warisan kesenian pribumi Borneo di
samping dapat meningkatkan integrasi nasional dan kerjasama  antara mahasiswa/i dengan pelbagai kaum,
budaya, agama dan masyarakat terutamanya di Sabah dan Sarawak.





 Para
mahasiswa/i dan Pensyarah UMS juga telah mengadakan Program Bakti Siswa pada 11
April 2012 di Sekolah Seni Kuching sebagai salah satu pengisian program.