Kuching -Unit Perkhidmatan Maklumat Niaga, Sektor
Perkhidmatan Perpustakaan telah mengadakan bengkel keusahawanan iaitu Bengkel
“Homemade Chocolate” pada 16 Jun 2012. Bengkel ini dihadiri oleh 60 orang
peserta yang dibahagikan kepada 2 sesi iaitu sesi pertama pada jam 9.00 pagi
hingga 12.00 tengah hari dan sesi kedua pada jam 2.00 hingga 5.00 petang.
Fasilitator bagi bengkel ini adalah Puan Sharifah Nur Diana Wan Mustapha
merupakan seorang usahawan muda dalam bidang pembuatan coklat dan juga
merupakan pemilik Chubblechox.
Bengkel ini diadakan bertujuan untuk memberi
pengetahuan dan pendedahan kepada para peserta mengenai pembuatan coklat di
rumah. Selain itu, para peserta dapat mempelajari teknik pembuatan coklat
dengan mudah di rumah dengan menggunakan peralatan dan bahan yang mudah
didapati. Diharap dengan adanya bengkel sebegini, para peserta dapat
menghasilkan produk sendiri dengan menggunakan coklat dan menambah hasil
pendapatan.
Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak 01 Jul 2026
Juh Nambah Ilmu Siri 2 (Anjuran Pustaka Kuching) 14 Aug 2026
Knowledge Camp Series 2: Create. Play. Code! 15 Aug 2026
Hari Bersama Pelanggan Pustaka Negeri Sarawak, Sibu 22 Aug 2026
Junior Innovate 2026 Maker Fair X Chumbaka Mid Year Open Day 22 Aug 2026