EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Pertandingan Membaca Kanak - Kanak Tadika 2012

Posted on 24 July 2012

Kuching-Pertandingan
Membaca Kanak – kanak Tadika 2012 (Kategori Bahasa Melayu) telah diadakan pada
20 Jun 2012 di Auditorium, Pustaka Negeri Sarawak. Pertandingan ini di harap
dapat menyemai dan menerapkan budaya membaca dan pembelajaran sepanjang hayat
di kalangan kanak – kanak sejak dari kecil lagi.





Pertandingan
yang  berlangsung selama hampir empat jam
ini telah disertai oleh 37 orang peserta yang mewakili tadika masing – masing.
Pertandingan ini terbuka kepada semua kanak – kanak tadika di kawasan Bandaraya
Kuching dan Samarahan yang berumur empat hingga enam tahun. Para peserta
dinilai dari segi sebutan, intonasi dan kelancaran pembacaan mereka.





Majlis
penyampaian hadiah bagi pertandingan ini telah disempurnakan oleh Puan Hayati
Haji Sabil, Ketua Sektor Perkhidmatan Perpustakaan, Pustaka Negeri Sarawak.
Pertandingan ini telah dimenangi oleh adik Alya Batrisyia binti Rahmatullah
dari Smart Reader Kids Lee Ling, manakala tempat kedua pula dimenangi oleh adik
Estelle Willie dari Smart Reader Kids Jalan Keretapi dan tempat ketiga jatuh
kepada adik Aviena Nyain Jinap dari Smart Reader Kids Tabuan Jaya Baru 2.