EN | MY

Sarawak State Library

Read.Innovate.Excel

Pustaka Negeri Sarawak sertai Pameran Hari Harta Intelek Negara 2012.

Posted on 24 July 2012

Kuching-Pada
27-28 April 2012 yang lalu, Pustaka Negeri Sarawak telah menyertai Pameran Hari
Harta Intelek Negara 2012 bertempat di Sultan Ahmad Shah International
Convention Centre (SASICC) Kuantan,Pahang.
Sambutan Hari Harta Intelek Negara 2012 ini telah
dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob,
Menteri Besar Pahang diringi oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin
Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan. Objektif sambutan
Hari Harta Intelek Negara diadakan adalah untuk memberi pengiktirafan kepada
perekacipta dan pencipta intelek untuk meningkatkan kadar kesedaran dan
penghayatan orang ramai terhadap kepentingan harta intelek.



Tapak
pameran Pustaka Negeri Sarawak telah dikunjungi oleh lebih dari 200 orang
pengunjung yang berminat dengan koleksi terbaru Siri Sarawakiana. Tidak
ketinggalan, terdapat juga pengunjung yang datang berminat untuk mengetahui
perkhidmatan-perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pustaka Negeri Sarawak.



Beberapa
agensi kerajaan negeri Sarawak yang lain turut
terlibat dalam pameran ini seperti Jabatan Pertanian Sarawak, Pusat Biodiversiti
Sarawak, Unit Harta Intelek, Jabatan Ketua Menteri dan Lembaga Perikanan
Sarawak.