Kuching - Pada 16 Mei 2012
yang lalu, Pustaka Negeri Sarawak telah mengadakan Kempen Kebersihan : Saya
Sayang Pustaka. Program kempen kebersihan yang
telah dirasmikan oleh Encik Japri Bujang Masli, Pemangku Ketua Pegawai
Eksekutif, Pustaka Negeri Sarawak ini
merupakan salah satu inisiatif daripada Komiti 5S Pustaka Negeri Sarawak bagi
mewujudkan amalan persekitaran berkualiti (5S) dalam usaha menjadikan Pustaka
Negeri Sarawak sebagai kawasan yang bersih, indah dan selamat kepada orang awam
dan pengunjung.
Kempen ini diharap dapat memberi kesedaran kepada orang
awam agar tidak membuang sampah merata-rata di persekitaran Pustaka Negeri
Sarawak sekaligus menanam sikap “Saya Sayang Pustaka” di kalangan orang awam dan
warga Pustaka Negeri Sarawak.
Salah
satu pengisian untek kempen kebersihan ini adalah aktiviti menggantung
poster dan banting kempen kebersihandi pokok-pokok sekitar taman dan
bangunan Pustaka Negeri Sarawak serta gotong-royong di kalangan staf
Pustaka Negeri Sarawak. Dengan aktiviti sebegini diharap dapat memupuk
semangat kerjasama dan saling membantu sesama warga Pustaka Negeri
Sarawak.
Pameran Sarawakiana: Menghayati Hari Sarawak 01 Jul 2026
Juh Nambah Ilmu Siri 2 (Anjuran Pustaka Kuching) 14 Aug 2026
Knowledge Camp Series 2: Create. Play. Code! 15 Aug 2026
Hari Bersama Pelanggan Pustaka Negeri Sarawak, Sibu 22 Aug 2026
Junior Innovate 2026 Maker Fair X Chumbaka Mid Year Open Day 22 Aug 2026